Walaupun sentiasa dihimpit dengan pelbagai kontroversi dan kecaman daripada orang ramai mengenai gelagatnya di media sosial, namun, jutawan kosmetik, Nur Sajat sering mendapat perhatian media dan pengikutnya.

Bila sebut sahaja namanya, banyak betul isu yang panas yang menyelubungi dirinya dari pada isu gender sehinggalah teman lelakinya.

Terbaru, Sajat sekali dikecam netizen setelah memuat naik gambar di Instagram yang agak kurang sopan di tempat umum.

Menerusi entri itu, kelihatan Sajat bersama teman lelakinya yang dikenali Coach Yin serta dua orang anak angkatnya sedang meluangkan masa hujung minggu di sebuah taman tema air pada hari Ahad lalu.

IKLAN

Sajat yang memakai pakaian renang berwarna hitam itu dikritik netizen yang menganggap pakaian itu kelihatan agak seksi dan menjolok mata menampakkan pehanya yang putih gebu.

Sajat Dikecam Dedah ‘Aurat’ Ketika Mandi

Sajat Dikecam Dedah ‘Aurat’ Ketika Mandi

IKLAN

Rata-rata netizen merasakan tindakan Sajat seperti tidak sopan dengan menayang aurat di khalayak umum.

Perkongsian usahawan bengkung itu telah menerima lebih daripada 17,000 likes setakat ini dan dihujani ribuan komen dengan pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya di laman sosial.

Ada juga yang mempertikai isu status jantina Sajat yang kini tanpa berselindung lagi mempunyai hubungan dengan lelaki kacak itu.

IKLAN

Bagaimanapun, ada juga yang memuji kecomelan kedua anak angkatnya selain keserasian mereka dengan teman lelaki ibu mereka.

Malah, ada juga yang memuji kekacakan teman lelaki Sajat. Lebih-lebih lagi menampakkan badannya yang sado dan mempunyai six pack.

Sajat Dikecam Dedah ‘Aurat’ Ketika Mandi Sajat Dikecam Dedah ‘Aurat’ Ketika Mandi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI