Seperti ramai yang sudah sedia maklum sekarang ini pelawak dan penyampai radio, Rahim Sepahtu sedang dalam proses diet sihat.

Dalam masa 10 hari sahaja Rahim telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 16kg dengan bantuan daripada dua orang jurulatih dan disertakan dengan cara pemakanan yang sihat.

Menurut Astro Gempak, Rahim berkata bahawa dia sebenarnya sudah lama berhasrat untuk menurunkan berat badan namun niatnya itu selalu tidak kesampaian.

IKLAN

“Tapi bila Sinar beri peluang untuk saya menjalani program ini, saya terus bersetuju walaupun pada mulanya agak takut juga jika tidak dapat lakukannya.

 

“Alhamdulilah penurunan berat badan saya mendadak dan saya sendiri tidak menyangka saya boleh melakukannya,” ujar Rahim.

Kata Rahim lagi, dia bukan mahu nampak kurus tapi niat sebenarnya mengamalkan diet ini adalah untuk menjalani hidup sihat sahaja.

Rahim juga memberitahu kalau dulu dia pasti akan semput dan mengah bila naik tangga tapi kini tidak lagi.

IKLAN

Misi Rahim untuk menurunkan berat sebanyak 25kg nampaknya semakin berhasil apabila terkini dia hanya tinggal 7kg sahaja lagi untuk diturunkan bagi mencapai target yang diingini.

Namun Rahim mengatakan, sekarang ini dia berada di fasa yang sukar untuk turunkan berat badan kerana di awal program ini berat badannya turun dengan banyak dalam masa yang singkat adalah kerana yang turun itu adalah berat air ataupun water retention.

IKLAN

“Kini yang tinggal adalah lebihan lemak degil yang ada dalam badan saya, jadi proses untuk menurunkan berat badan memang agak sukar.

 

“Latihan serta senaman yang saya lakukan kini juga berganda daripada hari pertama.

 

“Malah saya turut mengambil inisiatif sendiri membuat latihan sendiri dengan berlari setiap petang supaya impaknya cepat,” katanya lagi.

Apapun buat Rahim, jangan mengalah dan teruskan usaha untuk mencapai target yang diinginkan.

Sumber: Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI