Pada mereka yang menggemari drama bersiri ‘Penggali Kubur’ dan ‘Tok Adi’ tentunya mengenali pelakon, Nasir Bilal Khan yang memegang watak tersebut.

Orang Lebih Kenal Watak Tok Adi-Nasir Bilal Khan Tak Kisah Asalkan…

Lagipun drama tersebut sememangnya meninggalkan impak yang besar kepada penontonnya.

IKLAN

 

Kalau tak silap MH, sudah lama rasanya Nasir memegang watak tersebut hinggakan orang ramai seolah sudah terbiasa memanggilnya dengan nama ‘Tok Adi’.

IKLAN

“Kalau nak ikutkan sekarang ini, nama Nasir tu dah hilang, diganti dengan Tok Adi.

“Nasib baik isteri dan anak-anak masih panggil, kalau tak…” katanya ketika ditemui semasa Sidang Media Bocey & Friends Live di Comedy Planet, baru-baru ini.

Sementara itu, sering membawa watak antagonis, Nasir menjelaskan bahawa dia tidak kisah dibenci asalkan mesej dapat disampaikan kepada penonton.

IKLAN

“Tak kisahlah orang tak suka saya ke sebab watak jahat tu janji mesej yang ingin saya ketengahkan itu sampai kepada mereka yang menonton.

“Lebih baik orang benci saya daripada ALLAH SWT yang benci.

“Mungkin bila orang lihat lakonan saya mereka benci tapi peroleh kesedaran daripadanya, bukankah itu lebih baik,” katanya lagi.

Aduh! ‘deep’ betul apa yang Nasir kongsikan itu. Sambil berlakon, boleh juga kongsi pengajaran pada rakyat Malaysia.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI