Select Page
  • 4.5K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    4.5K
    Shares

Eh, adakah kami bermimpi atau memang benar terjadi? Pagi ini MH Online ada ternampak pelakon dan penyanyi yang dikenali menerusi lagu Cemburu, Nabila Razali ada memuat naik gambar bersama seorang pelakon lelaki yang sangat dikenali kerana tubuh badannya, Aedy Ashraf.

 

Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba sahaja, Nabila telah muat naik gambar kemesraan mereka. Malah lebih membuatkan MH Online Speku apabila di ruangan kapsyen, Nabilah telah meletakkan simbol hati. Apakah itu? Sesuatu sangat!

 

❤️

A post shared by Nur Nabila Mohd Razali (@nabila.razali) on

Tidak terhenti di situ, MH Online cuba juga buka Insta Stories milik Nabila dan ini yang kami dapat…

 

 

 Sesuatu bukan? Dalam masa yang sama, kami cuba untuk mendapatkan kepastian adakah mereka berdua memang benar-benar ‘sesuatu’, kami terjah akaun Instagram milik Aedy.

Walaupun Aedy tidak memuat naik sebarang gambar bersama di akaunya. Namun di Insta Stories berbeza pula ceritanya!

Spekulasi semakin kuat apabila Aedy turut membuat isyarat hati sewaktu bergambar dengan Nabila dan terkejutnya Aedy turut memuat naik video Nabila tersenyum kegembiraan sambil disuap makan.

Kemesraan mereka ini pasti membuatkan ramai yang tertanya-tanya sama ada benar mereka sedang bercinta atau tidak. Namun sejauh mana kebenarannya sama-sama kita nantikan kedua selebriti ini membuat pengumumam status hubungan mereka bersama.

Apapun MH Online harap ini bukanlah gimik atau hanya sekadar untuk mencetus kontroversi. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka berdua.

Sumber gambar/video: Instagram Nabila Razali & Instagram Aedy Ashraf

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "