Select Page
  • 357
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    357
    Shares

Pemegang trofi Artis Versatil Popular Anugerah Bintang Popular untuk dua tahun berturut-turut, Ifa Raziah mengakui bukan suatu tugas mudah baginya untuk terus kekal relevan dan diterima dalam industri seni di negara ini.

Tidak menolak kerja keras dan usaha berterusan menjadi senjata paling ampuh buatnya dalam menghadapi cabaran dalam seni, penyanyi lagu Ser Ser Ser ini turut memberi kata-kata semangat buat bakat baru yang masih tercari-cari peluang dalam kerjaya hiburan khususnya.

“Saya sedar, ada diantara mereka yang kurang bernasib baik, luck itu belum sampai. Bagi saya, kalian usah tunggu dan menanti. Sebaliknya mereka kena berusaha untuk mempertingkatkan ilmu. Contohnya dalam lakonan, kenalah gali ilmu dengan lebih dalam. Jangan bersandar pada bakat yang ada, tetapi cuba belajar untuk menjadi lain daripada yang lain. Percayalah pada rezeki, lambat atau tidak saja.

 

“Misalnya kalau saya dapat watak mak tiri yang jahat, berlakonlah jadi sejahat yang boleh dan begitu sebaliknya. Cuma beri impak dan itulah konsep yang akan saya terapkan setiap kali mendapat tawaran berlakon sesebuah watak.

 

“Berusaha untuk memperbaiki diri, jangan cepat give up sebab bagi saya, mereka yang cepat rasa sedemikian ni mungkin jenis yang tak tahan tekanan. Macam saya lebih 21 tahun dalam industri,pelbagai tekanan yang dah saya terima. Sampai jadi kebal, imune dan tak hairan dengan semua benda tu. Sebab saya rasa, ia hanyalah sebahagian daripada ‘permainan’ dalam dunia hiburan. Nak jadi artis, kena ready mental dan fizikal,” katanya kepada MH.

Ditanya apakah impiannya selepas lebih dua dekad dalam industri, Ifa merancang untuk mahu kembangkan bakat yang ada dan tidak mahu statik dengan apa yang dimilikinya hari ni.

“Kalau boleh, saya nak mengorak langkah. Kerja dan kerja untuk mantapkan diri. Mungkin selepas ini saya mahu jadi penyampai radio atau produser. Itu hanyalah perancangan saya. Tak tahu bila akan jadi kan…Cuma itulah yang saya impikan untuk jadikan saya lebih versatil lagi selepas ini,” kongsi Ifa optimis. 

 

 

 

 

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: