Pada mereka yang mengikuti program Bintang Bersama Bintang mesti masih teringat persembahan mantap yang diberikan Achey Bocey dan isterinya semasa malam Final tempoh hari.

Siapa sangka keputusan Achey untuk membawa isterinya ke pentas akhir sebagai pasangan sketsanya membawa tuah buat mereka.

Lepas Bintang Bersama Bintang, Banyak Tawaran Untuk Achey Dan Isteri

IKLAN

Meskipun tidak memenangi hadiah utama, ramai yang memberikan pujian di atas persembahan mereka berdua, malah MH difahamkan sudah ada tawaran diberikan kepada isteri Achey,Nor Hasanah Yahaya, 28 tahun.

“Alhamdulillah, lepas persembahan tempoh hari, ramai yang memberi respon positif seperti Kak Sheila Rusly, krew dan ramai lagi.

“Selain itu, dia (isteri) dah dapat dua tawaran untuk ‘show’, satu terpaksa tolak sebab jauh sangat, satu lagi di Melaka bersama saya.

“Nampaknya ‘payment’ saya semakin sikitlah macam ini,” katanya sambil bergurau.

Achey ditemui ketika sidang media Bocey & Friends Live di Comedy Planet, baru-baru ini.

IKLAN

Sementara itu, Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, 32 tahun menjelaskan bagaimana kolaborasi antara dia dan isteri boleh berlaku.

“Masa program itu, saya cari rakan artis ramai yang terikat dengan jadual lain. Kemudian yang betul-betul faham mengenai sketsa yang saya nak buat ni hanyalah isteri saya.

“Oleh itu, saya tanya pihak produksi, mereka benarkan sebab syaratnya adalah kena individu yang orang kenal.

“Pada malam persembahan itu, memang saya sendiri terkejut lihat dia, memang 110% dia bagi,”katanya lagi.

Daripada gaya cakap Achey tu, kedengaran bahawa dia sangat bangga dengan isterinya. Comel betul mereka berdua tu.

IKLAN

Apa-apapun, MH harap lepas ni adalah lagi kolaborasi Achey dengan isteri ya!

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI