Select Page
  • 3.2K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    3.2K
    Shares

Jika sebelum ini MH ada bercerita tentang Fathia Latiff dan rakannya Natasha Elyzza yang terpaksa menanggung segala tempias dari kontroversi yang tercipta sehingga tidak menerima apa-apa tawaran lakonan, Rupa-rupanya Raja Afiq juga pernah mengalami nasib yang sama seperti mereka berdua.

Semua ini terjadi sejak nama Afiq terpalit dengan kontroversi kononnya telah menghamilkan seorang wanita suatu ketika dahulu.

Gara-gara tuduhan ini, MH difahamkan Afiq pernah tidak menerima apa-apa tawaran berlakon selama 6 bulan sehinggalah di awal tahun 2018.

Memetik dari laporan mStar Online, Afiq menjelaskan sewaktu itu dia hanya mengharapkan peniagaannya secara talian menjual pemanis mulut seperti Red Velvet dan brownies.

Bagaimanapun, mujur ada tawaran diberikan dan membuatkan dia turut muncul dengan penampilan baru.

“Saya pernah melalui kejatuhan apabila enam bulan tidak menerima sebarang tawaran berlakon disebabkan nama saya terpalit dengan kontroversi. Ketika itu saya hanya menjual makanan pemanis mulut seperti brownies dan red velvet menerusi laman sosial,” jelasnya kepada mStar Online.

“Alhamdulillah, saya sudah menerima tawaran berlakon pada awal tahun ini. Sebagai anak seni menjadi perkara biasa apabila perlu melalui zaman turun naik. Fokus utama saya pada tahun ini ialah untuk membina semula karier lakonan. Nak menaikkan semula nama saya dalam industri.

SUMBER: mStar Online

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: