Aduh simpati MH pada Isteri Shuib Sepahtu, Siti Sarah Raisuddin yang di kecam kerana kulit wajahnya.

Baru-baru ini gambar shuib bersamanya dan ibu menjadi viral gara-gara pemberian hadiah istimewa sebuah kereta, namun apa yang menjadi perhatian ramai bukanlah kereta yang diberi, sebaliknya kulit wajah Sarah yang dikatakan agak gelap jika dibandingkan dengan gambar-gambarnya yang lain.

Kerana Gambar Pemberian Kereta Viral, Siti Sarah Dikecam Berkulit Gelap! Ini Penjelasannya…

IKLAN

Melalui kapsyen di Instagram, Sarah memberitahu agak bersedih dengan segala tomahan yang dilemparkan padanya sehingga ada yang berkata Sarah terlalu kerao edit gambar di Instagram.

Namun Sarah tidak menolak dan mengakui dirinya sering mengambil gambar di kawasan terang.

IKLAN

Malah, Sarah turut memberitahu suaminya Shuib itu mempunyai masalah penglihatan melibatkan warna atau buta warna.

“Assalamualaikum semua secara jujurnya saya betul2 tidak menyangka gambar hadiah birthday ibu shuib ni menjadi perhatian ramai.. ramai yg kutuk sarah , katanya sebenarnya sarah hitam tapi edit gamba.. ye saya mengaku saya selalu ambil gambar di tempat2 yg bercahaya terang,mana adaa org nak ambil gamba bertentangan dengan cahaya.. itu yg nampak burn .. secara jujur nya saya rasa sangat sedih bukan sebab org kata saya .. tapi mungkin ramai yg tak tau shuib BUTA WARNA . die tak tau pon WARNA apa yg die post di ig die.. banyak warna yg die tak nampak.. padahal kami pakai handphone jenama yg sama.. lagi pun mak shuib tu putih melepak tu pon nampak cam sun burn..” tulisnya diruangan kapsyen.

Malah, Sarah turut memberitahu dirinya memang tidak mempunyai kulit wajah yang putih seperti ‘orang putih’ tetapi dia akui kulitnya semakin cerah kerana mengambil inisiatif untuk memakai lotion, sabun serta mengambil pil untuk miliki kulit yang lebih baik.

IKLAN

“Secara jujurnya saya memng tak putih macam ORANG PUTIH, tapi kalau nak di bendingkan dengan saya yg Dulu memang saya lebih cerah sekarang .. sebab saya memng ambil peroduk …saya pakai LOTION, SABUN dan PIL utk kulit lebih cerah,” jelasnya lagi di ruangan kapsyen.

Kerana Gambar Pemberian Kereta Viral, Siti Sarah Dikecam Berkulit Gelap! Ini Penjelasannya…

Tetapi bagi MH normal lah tu, Sarah bergambar di kawasan yang kurang bercahaya, tertutup atau senang kata berbumbung jadi lightingnya memang akan membuatkan wajah seseorang lebih gelap. Jadi tidak hairanlah mengapa Sarah nampak sedikit gelap.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI