Kalau semalam pelakon drama Tuan Anas Mikael, Zara Zya telah dimasukkan ke hospital buat kali kedua, hari ini pula sekali lagi Mh Online mendapat berita bahawa pelakon dan penyanyi Janna Nick dimasukkan ke hospital hari ini.

Jangkitan Paru-Paru, Janna Nick Dimasukkan Ke Hospital

Menerusi entri terbaru milik penerbit terkenal, Sheila Rusly dia ada memuat naik gambar Janna yang dimasukkan ke hospital ditemani beliau.

Gambar yang dimuat naik itu menunjukkan Janna yang sedang terlantar dan berehat di atas katil hospital dalam keadaan lemah.

Get well soon baby❤️ I’m praying hard for your speedy recovery. #anaksis #sayangsangat #sentiasabersyukur #alhamdulillah

A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on

IKLAN

“Get well soon baby.I’m praying hard for your speedy recovery.” tulis Sheila di ruangan kapsyen.

Perkongsian Sheila telah menerima lebih daripada 29,013 likes setakat ini. Malah, ruangan komen di Instagram penerbit itu juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya di laman sosial yang begitu bimbang mengenai kesihatan Janna.

Janna juga telah mengemaskini akaun Instagramnya dengan memuatnaik gambarnya di hospital sedang tidur di atas katil.

IKLAN

Rata-rata pengikutnya berpesan agar Janna untuk berehat dan berharap agar aktres itu cepat sembuh.

Jangkitan Paru-Paru, Janna Nick Dimasukkan Ke Hospital

IKLAN

Menerusi portal Utusan Online, Janna dilaporkan telah mengalami demam sebelum dirujuk ke hospital dan disahkan terkena jangkitan paru-paru iaitu Mycoplasma Pneumoniae.

Bagaimanapun, Janna akan terus ditahan di wad sehingga doktor berpuas hati dengan keadaannya.Walaupun keadaan Janna dilaporkan lemah, namun pelakon Coffee Prince itu kini stabil.

Janna juga dinasihatkan untuk berehat dan tidak dapat berhubung dengan pihak media buat sementara waktu.

Syukur Janna semakin pulih, MH Online berharap agar semuanya akan kembali normal seperti biasa. Apa pun Janna jangan ambil mudah dan jangan lupa jaga kesihatan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI