Ads

“Itu Hanya Keluhan Saya Untuk Lelaki Yang Duduk Sebelah!”- Zaihani Mohd Zain

Nampaknya isu 60kg tidak reda di perkatakan. Selepas satu, satu artis yang bersuara tidak bersetuju dengan kenyataan seorang pengulas fesyen iaitu Zaihani Mohd Zain.

Namun melalui Astro Gempak, Zaihani memberitahu sebenarnya niatnya menulis perkara tersebut di Facebook adalah kerana ingin meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada kenalan-kenalan rapatnya sahaja.

“Itu Hanya Keluhan Saya Untuk Lelaki Yang Duduk Sebelah!”- Zaihani Mohd Zain

Namun tidak menyangka ada yang telah menyebarkan perkongsiannya sehingga menjadi viral dan membuatkan orang ramai salah erti dengan apa yang ingin disampaikan.

Ads

Katanya lagi, isu tersebut sebenarnya ditujukan kepada seorang lelaki yang duduk disebelahnya hingga membuatkan dia tidak selesa.

Melalui pemahaman MH, lelaki tersebut telah duduk terkangkang hingga menganggu ruang duduknya.

Ads

“Status Facebook saya itu satu keluhan tentang apa yang saya telah dan sedang lalui ketika acara berkenaan.

“Saya tidak menujukan status tersebut kepada sesiapa, menasihati atau menegur mana-mana pihak.

“Apatah lagi untuk mengutuk individu yang memiliki berat badan berlebihan. No body shaming!

“Saya berkongsi keluhan saya di Facebook dan berkongsi kepada kenalan rapat sahaja.

“Malangnya, status itu disalah ertikan dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” jelasnya

“Itu Hanya Keluhan Saya Untuk Lelaki Yang Duduk Sebelah!”- Zaihani Mohd Zain

Ads

Zaihani memberitahu, berat badan 60 kilogram itu ditujukan secara anggaran jisim badan lelaki yang duduk bersebelahan dengannya pada acara terbabit.

Anda mungkin berminat dengan

“Saya tidak pasti berat badan sebenar lelaki itu, 60 kilogram itu sekadar anggaran saya.

“Jadi, 60 kilogram itu sebenarnya satu penjelasan betapa besarnya saiz badan dia berbanding saya yang hanya 50 kilogram.
“Lelaki itu duduk terkangkang hingga mengganggu ruang duduk saya, jadi saya rasa kurang selesa,” katanya kepada Astro Gempak.

Malah, Zaihani turut memberitahu untuk menegur lelaki tersebut di tempat kejadian seakan tidak sesuai, oleh kerana itu dia lebih selesa memuat naik ke Facebook dan tidak sangka keluhannya itu disalah erti.

SUMBER: ASTRO GEMPAK

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Zahiril Adzim

Bila Kau Dapat Mentua Mafia! Lakonan Zahiril & Siti Hariesa Dalam...

Pernah tak anda terfikir, pada saat menjalani kehidupan yang tenang dan bahagia, tiba-tiba segalanya berubah menjadi kacau bilau hanya kerana berada di tempat dan waktu yang salah?
error: Hello. Cannot.