Semalam telah bersiaran rancangan sensasi dan penuh kontroversi, Melodi yang dihoskan oleh Awal Ashaari dan AG atau nama sebenarnya, Muhammad Azmir Selamat.

Pada Ahad itu, AG bergandingan dengan dengan pelakon Hafidz Roshdi yang menggantikan dengan Awal.

Apa yang menarik di rancangan itu semalam ialah kes sensasi yang melibatkan usahawan Joy Revfa dan penyanyi, Hafiz Hamidun.

Pertama kali melihat Hafiz seolah berang dan mengeluarkan kata-kata yang tidak seperti biasa. Kita sedia maklum Hafiz merupakan seorang yang suka berkongsi nasihat berunsur keagamaan.

Pada mulanya, wartawan Melodi, Noradillah ‘Adeed’ mendapatkan kenyataan dari Joy ketika sidang media live yang diadakan oleh usahawan kosmetik itu di pejabatnya sendiri, Merve.

Hafiz Hamidun Naik Angin

IKLAN

Hafiz Hamidun Naik Angin

Namun, tidak mahu mendengar sebelah pihak, Adeed pergi mendapatkan jawapan dari Hafiz sendiri berhubung isu tersebut.

Hafiz Hamidun Naik Angin

IKLAN

Hafiz Hamidun Naik Angin

Dalam masa sama, Adeed telah bertanyakan kepada Hafiz surat apa yang telah diberikan kepada joy. Menurut Hafiz,

“Itu adalah saman cerai yang saya failkan di mahkamah, sah penceraian dia dengan bekas suami, ok its good bermakna pernikahan saya dan dia sah, maka saya boleh proceed dengan langkah seterusnya (cerai)

 

 

“Saya tak pernah lakukan hubungan kelamin dengan dia. Dia yang bangkitkan isu itu.

 

 

“Dia buat orang tertanya-tanya apabila mengatakan bersumpah telah bersama. Kemudian apabila orang tafsir, dia nak saman pula blog tersebut. Apa ni!”

 

 

“Nak bercakap sedap, bila orang suruh explain, buat bahasa-bahasa macam tu.Kau ni kenapa?”

 

 

“Dalam halusinasi ke dilunasi ke? Check mental sikit jangan nak sedap kejap menangis, kejap gembira, nak puas hati?”

 

 

“Saya bukan nak burukkan sesiapa tetapi dia dah burukkan saya level paling tinggi.

 

 

“Kamu kena ingat Joy, kamu bukan jumpa kutip saya tepi jalan bagi kehidupan, tidak!”

 

 

“Saya kenal kamu cara baik dan kita patut jalankan perkara ini secara profesional dan dengan secara baik.”

 

 

“Ini memang amaran saya dari dulu, jangan kaitkan pasal saya. Dia kena betulkan diri dia dulu.

 

 

“Dari dulu saya kata jangan layan, tak payah tulis, dia nak juga bagitahu, jadi kamu tanggunglah sendiri”

 

 

“Dia sekarang cuba mengatakan bahawa dia dah cuba cari cara berdamai, come on jangan menipulah.”

 

 

“Kita tak nak cari publisiti pun. Sebenarnya banyak hikmah perkara ini. Bagus saya cepatkan dan saya akhirkan dengan penceraian.”

Panjang lebar komen dari Hafiz ketika ditemu bual.Nampaknya tahap kesabaran Hafiz sudah memuncak.

IKLAN

Apapun, semoga kes ini diselesaikan sebaik yang mungkin.

Jom MH Online kongsikan video penuh kenyataan Hafiz dan Joy di Melodi.

Sumber : Melodi (15 Oktober 2017)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI