Wah nampkanya tuah Mawar Rashid menjadi-jadi tahun ini ya. Bukan sahaja semakin berjaya dalam dunia kerjaya, malah soal hidupnya juga telah berjalan dengan lancar.

Baru-baru ini Mawar telah menggemparkan dunia hiburan dengan berkongsi gambar dilamar oleh kekasihnya, Raden Ahmad Faizal Yaacob atau lebih dikenali sebagai Raf di sebuah rumah kosong yang dipercayai milik kekasihnya itu.

MH Online turut rasa gembira dengan perkhabaran baik ini dan kami cuba menghubungi tuan punya badan untuk berkongsi berita gembira ini.

“Saya memang terkejut dengan apa yang dilakukan oleh Raf. Jujur tak pernah terfikir akan berada di situasi ini ketika usia muda macam ini.

“Sebenarnya sebelum ini Raf memang ada hantar rombongan merisik sebelum kami ke luar negara. Allhamdulillah hubungan kami mendapat persetujuan daripada semua ahli keluarga.

“Sebenarnya, gambar yang dimuat naik itu diambil awal beberapa minggu sebelum ia diletakkan di Instagram. Bukan apa, kami tunggu masa yang benar-benar sesuai untuk kongsikan berita ini kepada orang ramai.” Jelas Mawar kepada MH Online.

 

IKLAN

Tunang Dah Sediakan Rumah Untuk Mawar Rashid

 

Mengakui sangat teruja dengan kesungguhan pasangannya membuat sesuatu yang romantik dan tidak terfikir olehnya, Mawar akui Raf memang seorang yang suka buat kejutan pada pasangannya.

IKLAN

“Dia memang seorang lelaki yang romantik, dia suka buat benda-benad macam ni sebagai tanda penghargaan.”, Katanya lagi.

Apabila ditanya tentang rumah, seperti yang dinyatakan di dalam ruangan kapsyen, Mawar memberitahu dia mendapat kejutan kedua sewaktu lamaran itu.

“Ya, memang saya tak sangka dan terkejut melihat kesungguhannya sewaktu itu, malah saya juga telah dikejutkan dengan berita tentang rumah itu.

“Tiada niat untuk menunjuk-nunjuk seperti yang netizen fikirkan, tetapi saya memang teruja dan tidak sangka kerana Raf memberitahu di rumah inilah kami akan tinggal bersama sebaik sahaja bergelar suami isteri,” tambah Mawar.

Tunang Dah Sediakan Rumah Untuk Mawar Rashid

IKLAN

Selain itu, Mawar juga berkongsi hubungannya bersama anak-anak kekasihnya itu berada di dalam keadaan yang baik-baik.

“Saya tak mahu ulas lebih lanjut kerana ada banyak pihak yang saya harus menjaga hati. Tetapi cukup sekadar saya memberitahu hubungan kami berada di dalam keadaan yang baik-baik sahaja,” katanya.

Disoal lagi tentang tarikh perkahwinan, Mawar hanya tergelak malu sambil berkata …

“Insya-Allah, kalau boleh kami mahukan perkara yang baik ini dipercepatkan cuma buat masa ini kami sedang sibuk menguruskan majlis bertunang yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Ya kami bakal melangsungkan majlis pertunangan dalam masa terdekat, saya bersyukur semua ini berjalan dengan lancar dan sentiasa dipermudahkan.

“Lagipun saya memang tidak sabar untuk menghalalkan perhubungan ini agar segala persepsi negatif masyarakat tentang hubungan kami tamat dan tidak lagi difitnah dengan cerita yang bukan-bukan,” jelasnya.

MH Online mendoakan yang terbaik buat kedua pasangan ini dan mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar. Jangan lupa jemput kami di Majlis nanti ye.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI