Selain para pemenang yang menjadi tumpuan ramai, kami tidak nafikan kelibat pengasas kosmetik, Nur Sajat yang turut hadir di bawah undangan Tonton di Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) lalu turut menjadi buah mulut ramai. Dengan mengenakan gaun sequein terletak rekaan pereka kesayangannya, Gie Ismail, Sajat memang menang gaya pada malam tu!

Bagaimanapun, dalam ramai yang suka, ada juga yang mengecam penampilan figura viral itu. Malah lebih mengejutkan, ada yang samakan persalinan yang dipakai Sajat saling tak tumpah macam Lalat Hijau!

Sajat ketika dihubungi MH memberitahu, dia sedia sedar akan hal tersebut dan sudah pun tengok gambar yang dimaksudkan.

IKLAN

“Ya saya ada tengok juga gambar berkenaan. Tak mengapalah. Biarlah orang nak kata apa pun sebab tak kan lah saya nak marah dengan apa andaian orang. Tak kisahlah kalau nak labelkan baju kita pakai mamcam lalat ke apa ke. Ada pemikiran sesetengah orang macam terlalu eksotik dan kita tidak boleh sekat fantasi orang,” kongsi Sajat jujur.

Apa pun, Sajat mengakui dia positif terhadap segala kecaman dan turut merakamkan rasa terima kasih buat pihak yang mengundangkan untuk hadir ke majlis muzik berprestij itu.

IKLAN

“Sudah lama tak pergi event macam tu, siap kena lalu red carpet lagi. Terima kasih pada yang sudi jemput,” katanya kepada MH.

Dalam perkembangan lain, Sajat sedang menantikan tarikh sesuai untuk melancarkan single sulung yang turut menampilkan, Datuk Seri Aliff Syukri sebagai penampilan khas. Selain itu, bintang viral ini juga akan menjalani penggambaran untuk sebuah program televisyen online tidak lama lagi.

IKLAN

Tak apalah Sajat, kena kecam ke kena puji ke. Kami tengok Sajat ni relaks je orangnya. Sikit pun tak rasa gelabah you alls!!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI