Ramai di kalangan kita yang mempunyai sifat penyayang dan sifat kasih dan sayang itu bukan sahaja kepada sesama manusia malah terhadap haiwan juga.

Membela haiwan peliharaan seperti kucing, anjing, burung, ikan itu semua adalah normal tetapi untuk membela binatang liar yang mungkin sudah semakin hampir pupus spesisnya dilihat sebagai sesuatu yang tidak elok bagi sesetengah pihak.

Baru-baru ini satu video yang merakamkan pelakon cantik, Ruhainies mencium dan mendukung seekor anak monyet yang dikatakan spesisnya hampir pupus mendapat kritikan daripada peminat.

Rentetan daripada video tersebut, seorang individu menerusi akaun Twitternya meluahkan rasa kurang senang melihat haiwan tersebut dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

IKLAN

Menurut luahannya, haiwan seperti itu sepatutnya hidup di habitatnya dan bukan dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Gara-gara Video Gomol Anak Monyet, Ruhainies Dikritik Peminat

Tambahnya lagi, mungkin anak monyet tersebut kelihatan tidak ganas tetapi hakikatnya pasti anak monyet tersebut berasa tertekan.

IKLAN

Gara-gara Video Gomol Anak Monyet, Ruhainies Dikritik Peminat

Katanya lagi, seharusnya mereka yang mempunyai wang membelanjakan duit tersebut untuk memulihara haiwan tersebut bukan membelinya untuk dijadikan haiwan peliharaan.

IKLAN

Gara-gara Video Gomol Anak Monyet, Ruhainies Dikritik Peminat

Bagi MH ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh individu ini dan sepatutnya haiwan ini dibiarkan hidup di habitatnya.

Namun begitu Ruhainies juga pasti mempunyai alasan tersendiri tentang isu video mencium anak monyet yang kini viral di media sosial.

Sumber: Twitter Ili Zuhaili

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI