Adik kepada pelakon terkenal Erma Fatima dan Umie Aida, Betty Rahmad telah selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihannya, Ardy Amis semalam.

Berita pertunangan Betty ini telah dikongsi menerusi laman Instagram miliknya dan kedua kakaknya.

Erma Fatima Warning Bakal Adik Ipar

Erma Fatima Warning Bakal Adik Ipar

Apa yang menarik perhatian MH Online ialah kata-kata Erma Fatima buat adik bongsu kesayangannya sebelum berlangsungnya majlis pertunangan ini.

“Alhamdulillahhhh..sekian lama ku nantikan. Hanya Allah tahu betapa gembiranya berita ini ku terima.”

“ALLAH ambik suamiku…
ALLAH gantikan dengan kegembiraan buat adik ku… @bettyrahmad
TERIMA KASIH ALLAH.”

Selain itu, kata-kata amaran yang diberikan oleh Erma terhadap bakal adik iparnya juga telah menarik perhatian.

IKLAN

Ingat! Hang main-mainkan adik aku…hang madu-madu kan adik aku..aku belasah hang… ??? #reactionmukaadikipar

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on

“Ingat! Hang main-mainkan adik aku…hang madu-madu kan adik aku..aku belasah hang.” Ujarnya 

Sebenarnya amaran ini mungkin berbentuk gurauan sahaja. Orang kata, gurau-gurau manja membawa bahagia.

Itulah ungkapan yang diluahkan oleh Erma Fatima buat adiknya apabila Betty mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan pada tahun hadapan.

Terdahulu, ramai dikejutkan dengan berita penceraian Erma Fatima dengan Bade Hj Azmi selepas 26 tahun mendirikan rumah tangga.

Perkongsian itu telah menarik ramai pengikut di Instagram untuk berkongsi berita gembira bersama pengarah Mak Cun itu.

IKLAN

Sebelum ini, Ardy telah melamar Betty di sebuah restoran di Bali, Indonesia dengan memberi kejutan kepadanya serta turut menyarungkan cincin kepada Betty.

BACA JUGA> So Sweet! Betty Rahmad Dilamar Kekasih Di Bali

Betty yang juga pelakon itu tampil sedondon bersama tunangnya dengan baju berwarna putih.

Malah peminat dan rakan-rakan artis terus memberikan ucapan tahniah buat Betty dan mendoakan pasangan itu segera mendirikan rumah tangga.

IKLAN

Pada majlis pertunangan itu, rakan artis seperti Nora Danish, Bella Dally, Sherry Ibrahim dan Putri Najuwa dan ramai lagi turut hadir.

Erma Fatima Warning Bakal Adik Ipar

Erma Fatima Warning Bakal Adik Ipar

Erma Fatima Warning Bakal Adik Ipar

Erma Fatima Warning Bakal Adik Ipar

MH Online ucapkan tahniah buat Betty. Semoga segala urusan anda berdua dipermudahkan-Nya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI