Sebagai seorang ibu atau bapa, pastinya sedih apabila zuriat yang dikurniakan kepada mereka diperlekehkan oleh orang lain.

Sedikit sebanyak, hati dan perasaan mereka pasti terguris lebih-lebih lagi di zaman moden sekarang ini, hanya di hujung jari sahaja kecaman dan kritikan boleh dilemparkan.

Isteri kepada penyanyi popular, Lan Solo iaitu Sheila Razlan menerusi akaun Instagramnya telah berkongsi luahan hati tentang suami tercinta yang sebenarnya sebab dan marah apabila anak mereka menjadi mangsa buli netizen di media sosial.

Bila Netizen Ejek Kekurangan Anak Yang Sumbing, Isteri Lan Solo Kongsi Perasaan Suaminya, Sedih!

IKLAN

Sheila telah memuat naik sebuah video sedutan daripada rancangan CCTV di saluran Astro Ria dan video itu menunjukkan Lan tertunduk menahan tangisannya apabila ditanya soal anak.

“Selama ni sy TAK PERNAH tunjuk atau cerita dgn uols pasal keadaan @lansolo_official sejak lahirnya Baby Xandra.. .

 

“Sy cuma berkongsi gmbr dan kebahagiaan kami setelah Xandra hadir memenuhi ruang kecil keluarga kami.. .

 

“YES.. Lan sbnrnya seorg yg sgt sensitif bila berckp perihal anak.. Bukan hny perihal Xandra, malah hal kakak2 dan abg Xandra.. .

 

“Lan gigih utk belajar cara yg betul utk susukan Xandra supaya xandra dpt rasa sama spt yg lain2..

 

“Lan bersengkang mata utk 30 hari yg pertama utk bljr apa jua perkara baru ttg Xandra.. Bancuh susu, tukar lampin.. Sehingga bila Xandra selsema, Lan bljr utk sedut hingusnya.. .

 

“Begitu hebat skali apa yg Lan korbankan utk Xandra.. .

 

“Nmpk spt mudah, tp sbnrnya utk handle Xandra sgt berbeza dgn baby normal yg lain.. .

 

“Bilamana Xandra “disentuh” pasti nya naluri dia sbg seorg ayah tersentuh dan sesekali menahan sebak dan marah! .

 

“Bg Lan, isu Xandra ni bukan gurauan apatah lg diperlekeh.. Sehingga setiap hari, Lan x putus2 berdoa supaya Xandra sihat utk menjalani operation mengikut jadual yg ditetapkan oleh pakar cleft di PPUM. .

 

“Berbisik juga Lan pd sy, dia risau hari depan Xandra.. Dia takut dia x mampu mempertahankan Xandra di luar sana nanti.. Tp dia yakin, Allah selalu ada utk Xandra.. . . .

 

“Anak itu adalah satu amanah dan anugerah dari Tuhan,” tulis perkongsian Sheila tentang suami tercinta.

Rata-rata pengikut Sheila turut tersentuh hati selepas membaca perkongsiannya ini.

IKLAN

mimiejalilmimiejalil: Membaca coretan sheila,,air mata akk dh mengalir..Allahuakbar,,Semoga Lan sekeluarga tabah dan xandra selamat menjalani pembedahan..X pyh pikir org ckp…Semoga Allah beri hidayah pd manusia hati hitam…

norfatinie: baby xandra adelah anugerah trindah.. smoga bby xandra mbesar dgn sihat.. aminn

IKLAN

mycintata_candybuff: Its ok la shiela n lan, baby Xandra anugerah terindah allah utk uall berdua as parents..be strong ok, uall dpt ganjaran besar,..msti ada nikmat allah bg disebalik ni..i doakan dipermudahkan urusan pemedahan baby Xandra nti..

MH doakan segala urusan untuk pembedahan Baby Xandra nanti dipermudahkan.

Sumber: Instagram Sheila Razlan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI