????????????????????????????????????

Populariti lagu Warkah Untukku nyanyian Ara, pemenang tempat keempat dalam Akademi Fantasia 2016 (AF2016) nyata memberi tuah tersendiri buat personaliti yang menghiasi ruangan Bakat Baru Media Hiburan minggu ini.

Meskipun lagu tersebut sedikit lambat untuk mencipta reputasi yang boleh dibanggakan seperti mana lagu-lagu ‘tangkap leleh’ yang lainnnya, namun kini single yang dinukilkan Hang Nadim dan Laq itu kini mulai menjadi siulan ramai.

Ara atau nama sebenar, Nurrfarah Izzatie Johari, ketika di temui Media Hiburan di Konsert The Stage, di Unisel kampus Shah Alam baru-baru ini memberitahu, sejujurnya dia memberi harapan besar untuk single pertama tersebut.

IKLAN

Masakan tidak, selepas tamatnya AF2016, lagu itulah yang menjadi penanda aras untuk melihat sejauh mana percubaan bintang asal Kuala Pilah, Negeri Sembilan mampu menempatkan diri dalam dunia seni.

IKLAN

“Sememangnya saya mengharapkan yang terbaik untuk Warkah Untukku. Yelah, selepas keluar AF2016 lalu, hanya lagi itulah yang menjadi sandaran untuk saya promosikan diri.

 

“Seterusnya, membuktikan kepada peminat bahawa saya juga boleh memerikan sesuatu kepada industri seni. Terjun ke dunia realiti seni bukanlah sesuatu yang mudah seperti dijangka.

 

“Saya sedar, lebih dua bulan lagu tersebut dilancarkan, ia seakan ‘gitu-gitu’ saja. Namun syukur kerana kebelakangan ini, lagu tersebut makin mendapat tempat di hati pencinta muzik. Pastinya, saya gembira dengan perkhabaran tersebut.

 

“Yelah, sebagai pendatang baru, sudah tentunya ia memberi satu suntikan semangat untuk saya terus memberikan yang lebih baik selepas ini,” janji gadis genit berusia 20 tahun ini panjang lebar.

Melihat kepada perkembangan positif yang diterima terhadap single pertamanya itu, Ara sudah pun memasang rancangan untuk melancarkan single keduanya tidak lama lagi.

IKLAN

Memberi bayangan bahawa lagu keduanya itu akan dirakamkan selepas raya nanti, Ara sekali lagi  optimis mahu mendapatkan khidmat Akim (Akim and the Majestret) untuk mencipta lagu barunya itu.

“Saya mahu idea dan kreativitinya kerana single pertama saya dinukilkan Akim. Jadi mengapa tidak untuk single kedua ini, saya mahukan sesuatu yang lebih daripadanya.

 

“Saya percaya dengan bakat yang dia ada dan kami sudah rasanya sudah ada chemistry. Akim pun tahu akan kekuatan range vokal dan lagu macam mana yang serasi dengan personaliti saya.

 

“Semoga impian saya untuk mendapatkan khidmatnya sekali lagi akan dapat direalisasi,” ujar Ara yang turut memegang kata-kata dari Akim setiap kali membuat persembahan.Ara Johari Mahu Akim Cipta Single Kedua

https://www.youtube.com/watch?v=uWS2PGmLH0o

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI