Kecoh di media sosial baru-baru ini memperkatakan tentang seorang usahawan dan pengacara terkenal, Neelofa yang mempromosikan suplimen buat bayi menerusi Insta Storiesnya.

Rentetan daripada hal itu, ramai netizen yang mengkritik dan mengecam tindakan Neelofa itu kerana bagi mereka seorang bayi tidak perlu mendapatkan suplimen mengurangkan kedutan.

‘I Appreciate & Understand The Comments & Concerns From You Guys’ – Neelofa Beri Respon Berkaitan Produk Bayi

‘I Appreciate & Understand The Comments & Concerns From You Guys’ – Neelofa Beri Respon Berkaitan Produk Bayi

Tindakan Neelofa dalam mempromosikan suplimen itu juga turut mendapat perhatian daripada doktor-doktor bertauliah

IKLAN

IKLAN

Memandangkan ramai yang terus menerus mengkritik tindakan pengacara popular ini, Neelofa tampil menerusi akaun Twitternya dengan berkata dia sedar dan faham dengan situasi suplimen tersebut dan menghargai serta memahami setiap komen yang diberikan terhadap dirinya.

Neelofa juga berkata dia faham akan kebimbangan netizen tentang produk tersebut dan kini pihak suplimen itu sedang bekerja keras untuk memperbetulkan keadaan bagi menyelesaikan segala kekeliruan.

IKLAN

Nampaknya ada peminat Neelofa yang masih memberi kata-kata semangat buat artis pujaan mereka ini.

Sumber: Twitter Neelofa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI