Select Page
  • 14.4K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    14.4K
    Shares

Ahad lalu telah berlangsungnya majlis persandingan pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Fazura di Royal Palace, Shah Alam untuk para peminat mereka.

Media sosial mulai penuh dengan video-video semasa majlis persandingan dua selebriti ini daripada para peminat.

Namun begitu mata MH tertarik pada sebuah video yang dikongsi oleh peminat, merakamkan Fattah dan Fazura menyelamatkan seorang kanak-kanak yang tersepit di celah stage tempat persandingan mereka.

“Ada budak stuck dekat stage nasib Fattah perasan & Fazura goes ‘Ya Allah angkat yang, angkat yang, angkat yang’ 😍,” tulis pengguna laman Twitter yang berkongsi video Fattah dan Fazura menyelamatkan kanak-kanak tersebut.

Tak dapat dinafikan peminat yang hadir sangat ramai dan mungkin disebabkan mereka berasak-asak di majlis tersebut menyebabkan kanak-kanak tersebut tersepit di celah stage.

Rata-rata peminat ‘Fattzura’ nampaknya semakin sayang dengan artis kesayangan mereka ini apabila sifat kasih dan sayang terserlah semasa menyelamatkan kanak-kanak tersebut.

Sumber: Twitter @farhanajafri

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: