Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Meloyakan dan menjijikan apabila pertama kali melihat gambar rumah kepada empat orang anak dara yang sangat kotor dan bersepah.

Persoalan pertama yang bermain di kepala, bagaimana mereka boleh tinggal di dalam rumah yang berkeadaan sangat kotor seperti ‘tongkang pecah’ ini?

Menurut sumber daripada sebuah portal, rumah tersebut dikelolakan oleh sebuah syarikat swasta sebagai hostel bagi menyediakan kediaman secara percuma kepada penuntut universiti swasta yang menjalani latihan amali.

Azimah, 26, berkata keadaan rumah itu disedari pada Jumaat lalu ketika kemasukan penghuni baru ke hostel berkenaan.

Kata Azimah lagi, dia sangat terkejut apabila mendapati rumah tersebut dibiarkan dalam keadaan bersepah dan tunggang-langgang dengan pakaian dan barangan.

“Sejak beberapa bulan lalu, hostel terbabit didiami empat penuntut wanita, dan saya sangka hostel kena rompak, tetapi rupanya rumah memang dibiarkan berselerak.

 

“Malah sebaik melangkah masuk, kami ‘dihidangkan’ dengan bau busuk amat meloyakan.

 

“Apabila diperiksa, rupanya bungkusan makanan lama sudah basi di atas meja, selain air kencing dan najis kucing pula bersepah di atas lantai,” katanya.

Beritahu Azimah lagi, dia sungguh tidak menyangka penghuni rumah tersebut yang bakal menerima segulung ijazah boleh membiarkan kediaman yang didiami mereka dengan sebegitu teruk.

“Lebih mengecewakan, mereka adalah perempuan, dan sepatutnya bersyukur kerana syarikat bukan hanya memberi elaun latihan amali, malah turut menyediakan kediaman percuma.

 

“Sikap sambil lewa penuntut terbabit sedikit-sebanyak mencalarkan imej dan nama universiti swasta mereka,” ujarnya.

Menurutnya lagi, sehingga kini masih tiada tindakan yang dikeluarkan oleh pihak syarikatnya.

Sumber: Harian Metro

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "