Select Page
  • 20.2K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    20.2K
    Shares

Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 yang bakal membuka tirai tidak lama lagi, pasti ramai yang tidak sabar menantikan kemeriahannya dan pastinya persembahan atlet ditunggu-tunggu rakyat malaysia untuk melihat mereka meraih sebutir pingat dalam mengharumkan nama negara.

Selain itu, apa yang menariknya, terdapat tiga atlet yang terdiri dari kerabat dan menteri turut mengambil bahagian dalam acara sukan.

Bernaung dalam bendara yang berbeza, MH ucapkan selamat berjaya kepada ketiga-tiga VVIP ini!

1. Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen

Sebut sahaja nama Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen, pastinya gadis-gadis diluar sana mula terpikat dan jatuh cinta dengan jejaka berbintang Leo ini.Manakan tidak, putera kepada Sultan Brunei iaitu Sultan Hassanal Bolkiah ini bukan sahaja kacak bergaya malahan berbadan sasa dan gemar bersukan.

Negara: Brunei Darussalam
Acara: Ekuestrian – Polo
Lokasi: Equestrian Park Putrajaya / The Royal Selangor Polo Club
Tarikh: 22 – 29 Ogos 2017

 

2. Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin

Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah lahir di Kuala Terengganu, pada 22 Januari 1962 adalah Sultan Terengganu ke-16. Sultan Mizan telah berkahwin dengan Ratu Nur Zahirah dan merupakan ayah kepada empat orang anak.

Negara: Malaysia
Acara: Ekuestrian – Endurance
Lokasi: Terengganu International Endurance Park
Tarikh: 20 Ogos 2017

3. Khairy Jamaluddin

Siapa tidak kenal dengan Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali dengan nama KJ. Sebut sahaja nama beliau, rata-rata menganggap KJ merupakan antara menteri paling sempoi dan sporting di Malaysia.

Negara: Malaysia
Acara: Ekuestrian – Polo
Lokasi: Equestrian Park Putrajaya / The Royal Selangor Polo Club
Tarikh: 22 – 29 Ogos 2017

Sumber : Rojak Daily

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "