Seperti diketahui umum, perhubungan diantara Zul Ariffin bersama aktres, Zahirah Macwilson sudah lama berakhir dan kini mereka membuat haluan masing-masing,

Bagaimanapun, macam ada yang tidak kena, lebih-lebih lagi setelah foto gadis cantik yang dikaitkan dengan Zul mulai tular baru-baru ini.

Ada yang menganggap Zahirah memuat naik kenyataan di IG Stories seolah-olah memerli bekas kekasihnya itu, meski tidak menyebut nama mana-mana individu.

Zul Ariffin, Zahirah Saling Perli Di Media Sosial?

IKLAN

Dalam kenyataannya itu, Zahirah berkata individu tersebut suka memutar belit dan berlagak menjadi mangsa dan gemar menabur cinta.

Malah, Zahirah mengatakan para pengikutnya pasti boleh agak individu yang dimaksudkannya itu.

Tidak lama selepas itu, giliran Zul pula dilihat seolah-olah membalas  kenyataan Zahirah tersebut juga di Instagram.

IKLAN

Zul Ariffin, Zahirah Saling Perli Di Media Sosial?

Pelakon Hantu Kak Limah 2 itu juga mengatakan bahawa dia tiada masa untuk melayan sindrom budak-budak baru yang dambakan perhatian.Zul Ariffin, Zahirah Saling Perli Di Media Sosial?

IKLAN

Dalam pada itu, Zul juga ada memuat naik semula IG story rakannya yang mengatakan dia sudah lama ‘moved on’ dan tidak memerlukan 15 artikel di media untuk membutikan dia sudah lama move on daripada kekecewaan lalu.

Namum, kenyataan di IG story berkenaan telah dipadamkan tidak lama kemudian.

Foto: Instagram Zul Ariffin & Zahirah Macwilson

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI