“Zul Ariffin Orang Pertama Paling Banyak Mengajar,” – Dedikasi Iqbal, Turut Kenang Jasa Erma Fatima

Share

Usahawan yang juga peserta program Big Stage 2022, Ahmad Iqbal Zulkefli memberikan dedikasi selepas pertama kali diberikan peluang beraksi di hadapan lensa kamera sebagai pelakon.

Sambil menitipkan ucapan kepada produksi drama bersiri, Perempuan Itu, penyanyi lagu Hujan ini akui bergelar pelakon bukanlah hal yang senang.

“Pertama kali berlakon, pengalaman yang diingati sampai bila-bila. Jasa Kak Erma Fatima, memasukkan saya ke dalam bidang yang bukan mudah, akan saya kenang. 30 episod selama 2 bulan penggambaran untuk drama PEREMPUAN ITU, @tv3malaysia.

“@zul_ariffin orang pertama yang paling banyak mengajar saya. Terima kasih @missmimilana juga. Ramai lagi belum sempat bergambar sama, pun saya tidak lupa berterima kasih.

“Pengarah, krew, pelakon dan kesemua yang terlibat, kerja penat kalian amat saya hargai. Maaf jika ada yang kurang senang, tidak baik dari saya. Semoga ada rezeki untuk kita bekerjasama lagi.

“Kepada kalian yang sudi menyokong saya, terima kasih tidak putus memberi semangat. Saya berharap bidang lakonan ini dapat diteruskan. Tolong doakan saya ya?,” pintanya.

Iqbal berkongsikan perkara itu menerusi satu perkongsian terkini di Instagram.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

.

Foto: Instagram Ahmad Iqbal Zulkefli

IKLAN