Pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin tetap mempertahankan wataknya sebagai teraju utama dalam sesebuah karya selagi termampu.

Bukan sahaja dirinya, selebriti berusia 31 tahun ini juga yakin dan percaya perkara yang sama turut dilakukan oleh aktor lain.

“Saya bermula dari bawah. Menjadi extra, punya sedikit role beralih kepada pelakon pembantu dan kemudiannya bertindak sebagai teraju utama dalam drama dan filem.

“Bukan mudah untuk saya ke tahap ini, malah, saya ambil masa hingga tujuh tahun untuk berada di slot utama di TV3.

“Jadi, saya seboleh-bolehnya mahu mempertahankan untuk watak utama selagi termampu.

“Saya yakin saya boleh bagi yang terbaik dalam setiap projek lakonan,” katanya pada Media Hiburan.

Bahkan, pelakon drama Rindu Awak 200% ini menganggap kedatangan ramai pendatang baru sebagai satu persaingan sihat.

Ads

“Saya bukanlah nak compete dengan orang lain. Ia hanya satu persaingan sihat.

“Semuanya bergantung pada rezeki masing-masing,” katanya.

 

5

 

Ads

 

Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Zulkifli Ariffin ini mengakui bersikap selektif dan hanya menerima beberapa tawaran lakonan tertentu yang dianggap berbaloi.

“Sekarang, saya pun tak ambil terlalu banyak tawaran.

“Dulu, mungkin saya boleh buat begitu kerana mahu perkenalkan diri, tapi sekarang orang dah kenal jadi saya perlu menunjukkan kualiti lakonan yang lebih baik dari sehari ke sehari.

Ads

“Saya hanya terima tawaran yang bagus dan berbaloi untuk sesuatu naskhah.

“Lagipun, apabila kita berehat terlalu lama, peminat juga mula akan tertanya-tanya ke mana kita menghilang,” katanya.

Dalam pada itu, bintang filem J Revolusi ini mengakui lebih menyenangi peminatnya yang terdiri daripada golongan wanita berusia yang dianggap paling istimewa.

Malah, Zul juga berpendapat peminat yang dikategorikan sebagai ‘makcik-pakcik’ ini  sebenarnya lebih jujur dalam menilai kerja yang dihasilkannya.

“Mereka jenis individu yang tak menghakimi sesuatu lakonan dan tak perlu menyertai kelab peminat serta hanya berminat mahu menonton sesebuah cerita.

“Minat mereka itu berpunca daripada produk yang kita hasilkan tiada kena mengena dengan peribadi dan kita hargai orang yang menghargai kerja kita,” katanya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI