Bukan calang-calang hadiah! Pelakon, Zul Ariffin telah membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah buat sahabat baiknya yang juga penerbit filem terkenal, Gayatri Su-Lin Pillai.
Menerusi perkongsian di laman Instagram Gayatri, penerbit berusia 46 tahun itu memuat naik sepotong video menunjukkan keterujaannya menerima hadiah kereta mewah berwarna hitam tersebut.
“Saya kehilangan kata-kata, tak pernah terbayang yang saya akan dapat hadiah hebat seperti ini.
“Terima kasih Zul Ariffin, dari lubuk hati saya,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen.
Gayatri dikenali sebagai antara individu yang banyak membantu menaikkan kerjaya lakonan Zul, 36, sehingga dia berjaya diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia tahun lalu menerusi lakonan cemerlang dalam filem Sangkar.
Meninjau di ruangan komen, beberapa rakan selebriti seperti Liyana Jasmay, Nabila Huda dan Zalif Sidek turut tumpang gembira dengan hadiah yang diterima Gayatri.
Ads
Zul turut meninggalkan komen di posting tersebut, “Yay” bagi meraikan keterujaan rakan baiknya itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penampilan pelakon, Anzalna Nasir yang hadir di majlis Pelancaran Koleksi Hari Raya ‘Rantaian Kasih’ Habib Jewels hari ini mencuri perhatian ramai.
Tampil anggun mengenakan persalinan kurung moden hijau lengkap dengan aksesori barangan kemas sebagai pelengkap gaya, seri ibu mengandung bintang ini cukup memukau pandangan.
Anzalna memuat naik sepotong video pendek ketika menghadiri majlis pelancaran berkenaan.
Sarat hamil anak kedua, usia kandungan finalis Dewi Remaja 2010 sezaman Neelofa ini sudah pun memasuki bulan kelapan.
Untuk rekod, Anzalna berkahwin dengan suaminya, Hanif Zaki pada 2016 lalu dan pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Eidrees pada 31 Mei 2019.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pembabitannya dalam bidang seni bermula selepas menyertai program realiti Mentor Milenia musim kedua yang disiarkan di TV3 pada 2017. Ketika itu, Syeera Aziz terpilih menjadi protege kepada penyanyi Black Hanifah.
Selama beberapa minggu berjuang dalam program itu, Syeera Aziz, 24, atau nama sebenarnya Nur Syaheera Abd Aziz berjaya mara ke peringkat akhir dan berada di tempat keempat.
Bagi Syeera, biarpun tidak bergelar juara itu bukan titik noktah kepada minat nyanyiannya sebaliknya menjadi langkah untuk terus mengorak langkah sekaligus mengembangkan bakat dimiliki.
Tuah buatnya apabila dia merakamkan single sulung berjudul Redhakanlah pada 2018 yang turut menjadi antara lagu tema drama 100 episod, ‘Cinta Tiada Ganti’ yang ditayangkan di saluran Astro Prima.
Tidak hanya menyanyi, Syeera juga mula berjinak jinak dalam bidang lakonan. Baginya, seni itu tidak terbatas pada satu bidang semata-mata.
“Saya memang dari kecil suka menyanyi. Tapi nak ikutkan zaman sekarang ini setakat menyanyi saja susah. Jadi apa salahnya mencuba dalam bidang lakonan juga. Mungkin selepas ini mengacara pula.
“Seni ini berlandaskan bakat. Jadi apa saja boleh buat. Memandangkan saya masih baru, jadi tiada masalah untuk bahagikan masa antara kerjaya nyanyian dan lakonan. Insya-Allah mana tahu selepas ini ada peluang untuk mengembangkan lagi bidang seni yang diceburi. Kalau boleh memang nak sibuk,” katanya.
Terbaharu, Syeera muncul dengan single Panggil Sayang. Single kedua terbitan Nova Music ini mengetengahkan genre pop.
Menurut Syeera, lagu ciptaan Shazee Ishak dan Audi Mok serta lirik oleh Shazee Ishak, Audi Mok dan penerbit drama itu, Arisz Ab Rahman disifatkan ‘fresh’.
“Kelebihan yang ada pada lagu ini adalah ia sebuah lagu yang segar, lirik dan melodi yang senang untuk pendengar ingat dan ‘sing-along’. Lirik pula yang boleh dikaitkan dengan ramai pendengar.
“Dalam masa sama, lagu ini sangat kena dan sesuai dengan trend lagu masa kini yang boleh digunakan untuk kandungan media sosial. Jadi, bagi saya ia sebuah karya yang menarik,” katanya.
Menyedari ‘trend’ industri hiburan tanahair yang mana kebanyakannya lebih gemar menggunakan pendekatan gimik agar sesebuah produk, karya atau naskah itu menjadi tular dan diperkatakan ramai, berbeza dengan Syeera.
Pengalaman dihina, dikutuk, menjadi mangsa sindir badan atau ‘body shaming’ membuatkan dirinya selesa untuk tidak menggunakan cara gimik.
“Sebelum ini tak terfikir nak buat ‘marketing’ macam itu baik dari segi gimik bukan-bukan atau apa saja. Malah, saya juga tak tahu jika perkara itu boleh menaikkan lagu kita. Tapi sekarang bukanlah saya nak buat macam itu.
“Saya selesa menjadikan platform TikTok sebagai medium untuk mempromosikan lagu ini. Sebab itu saya pilih genre lagu ini. Saya belum bersedia untuk dikecam sekali lagi.
“Pengalaman sebelum ini sangat teruk sehingga menganggu emosi. Kecaman diterima hanya kerana saya sedikit berisi adalah sangat keterlaluan.
“Jadi saya fikir untuk sekarang ini tak perlu nak ulang lagi. Saya takut kalau buat gimik bukan-bukan, lebih teruk saya kena. Memang kita tak boleh nak halang apa orang cakap, tapi selagi kita boleh kawal tindakan kita, saya cuba. Tapi, jika gimik yang nak dibuat itu saya boleh terima, saya okay saja,” katanya.
Apa yang pasti, Syeera menaruh harapan besar agar single keduanya ini dapat diterima baik pendengar sekaligus boleh menjadi siulan dan tular.
“Harapan saya terhadap lagu ini semoga dapat menghiburkan pendengar walaupun lirik lagu mengisahkan kehidupan seseorang yang sentiasa berseorangan atau ‘single’.
Namun, terdapat juga motivasi yang ingin disampaikan dan melodi lagu yang boleh mengubah ‘mood’ kesunyian seseorang untuk sentiasa berfikiran positif dan ‘happy’.
“Saya juga berharap lagu ini dapat diterima baik peminat sekaligus boleh dimainkan di stesen radio tempatan. Jauh di sudut hati juga saya mahu single kedua ini berjaya seperti kebanyakan lagu penyanyi sedia ada. Apa pun, saya tetap percaya pada rezeki Allah SWT,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sehari sebelum menyambut Ramadan pada 2 April lalu, pelakon dan usahawan Putra Amaris bersyukur apabila dikurniakan rezeki berterusan di dalam usahanya meringankan beban golongan sasaran.
Amaris, 37, berterima kasih kepada semua pihak yang sama-sama menyumbang bersempena dengan Majlis Pelancaran Infaq Ramadan yang dijalankan bersama Pertubuhan Kebajikan Dapur Pasak Kuala Lumpur di Projek Perumahan Rakyat Jelatek, baru-baru ini.
“Rezeki Allah berikan yang tidak disangka-sangka. Memang berniat untuk adakan pelancaran ini beberapa hari sebelum puasa. Tapi tak berapa yakin kerana bimbang andai kuota untuk bahagian sumbangan selepas ini tak mencukupi.
“Sebab kempen ini akan berjalan selama 30 hari sepanjang Ramadan. Tapi alhamdulillah ada pihak yang sudi hulur bantuan. Saya sampai tengahari, satu lori sampai barangan untuk asnaf. Kemudian datang pula sebuah van selain beberapa lagi sumbangan lainnya.
“Apa yang kita terima, kita akan sampaikan. Saya syukur, tak tahu nak kata bagaimana. Terima kasih juga kepada semua pihak yang sama-sama gerakkan projek ini,” katanya lagi.
Berkongsi mengenai inesitif mereka dalam membina semula kediaman baru buat asnaf terpilih, Amaris menjelaskan proses berkenaan sudah pun dilakukan bermula 1 April lalu.
“Sebelum ini kami rancang untuk bina sebuah rumah baru, tapi kalau ada rezeki mungkin boleh usahakan dua rumah. Doa-doakan. Ada satu keluarga ini, mereka terdiri daripada sembilan beranak dan ada di antaranya orang kelainan upaya (OKU). Bekalan air bersih pun tiada.
“InsyaAllah kalau nak iikutkan mereka akan tinggal di rumah baru pada 1 Syawal. Pada masa sama, kami turut jalankan kempen Penuhkan 2,000 Peti Ais Asnaf. Kalau ada rezeki lebih mungkin boleh bantu lebih daripada jumlah itu.
“Jadi kami terbuka kepada sesiapa yang berkemampuan untuk sama-sama bantu. Harapnya ia tak kan habis di sini sahaja. Kami cuba untuk bergerak setiap hari untuk agihkan sumbangan.
“Nak juga bawa anak-anak yang tak bernasib baik makan sedap-sedap di hotel. Nak mereka berjalan selain nak belikan baju raya. Doakan moga ikhtiar ini dipermudahkan, insya-Allah,” katanya.
Terdahulu, program tersebut turut mendapat sokongan penuh oleh YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan.
Selain usaha penuhkan peti ais golongan asnaf dan program bina rumah baru menerusi kempen #SamaSamaKenyang – Infaq Ramadan ini, turut dijayakan ialah majlis berbuka & bersahur, sumbangan kepada anak Tahfiz serta agihan bubur lambuk kepada penduduk setempat.
Turut sama hadir memberikan sokongan pada majlis pelancaran itu ialah rakan artis, Mas Idayu.
Kesemua aktiviti ini akan diuruskan sendiri para sukarelawan Dapur Pasak dan team Putra Amaris sendiri. Bermula 1 Ramadan hingga selesai berpuasa, ia akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti sekali gus berusaha untuk menyantuni seramai yang boleh golongan memerlukan.
Justeru, kerjasama daripada syarikat korporat, badan bukan kerajaan dan orang ramai yang ingin menyumbang adalah sangat-sangat dialukan. Ini antara usaha bersama untuk membantu golongan yang memerlukan dalam mengharungi kehidupan seharian dan meningkatkan taraf kehidupan komuniti mereka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Juri tetap Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menyentuh isu peribadi ketika memberikan komen kepada penyanyi, Nubhan Ahamad yang membawakan lagu ‘Niat Hati Tak Nak Nerpisah’, malam tadi.