Zul Ariffin Buat Kejutan Sempena Ulang Tahun Aaisyah

Tular di media sosial apabila anak perempuan kepada pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana yang bertanyakan bilakah pelakon popular, Zul Ariffin ingin berlakon dengan dengannya.

Wah, Aaisyah walaupun baru berusia tiga tahun, sudah petah berkata-kata ditambah lagi dengan kecomelan rupanya mencuri ribuan tontanan di laman sosialnya.

Bagaimanapun, dalam satu video viral yang lain, Aaisyah dilihat enggan berlakon dengan Zul, kerana dia takut Zul menciumnya dalam keadaan bermisai. 

Tanpa diduga, aktor kacak itu hadir ke majlis sambutan ulang tahun kelahiran Aaishah yang diadakan semalam dalam keadaan kemas dan tidak bermisai.

Aaisyah kelihatan bagaikan seorang puteri dalam busana berwarna hitam dan memakai mahkota kecil di kepalanya.

IKLAN

Beberapa keping gambar dan video majlis telah dikongsi Che Ta melalui laman Instagramnya dan anak bongsunya.

“Dah takde misai dah, camne? Kejung dia. Nanti kita berlakon sekali boleh tak? Zul Ariffin nak berlakon dengan Aaisyah boleh tak?” Tanya Zul kepada Aaisyah.

Namun, disebabkan malu, Aaisyah dilihat terkaku sewaktu ditegur oleh Zul.

Perkongsian video itu telah menerima lebih daripada 374,000 tontonan. Rata-rata pengikutnya berkata Aaisyah malu apabila berdepan dengan Zul yang kacak.

Cara nak hilangkan nerves… wear ? ??? . #zulariffin #aaisyahdhiarana #aaisyahdhiaranaturns3 #birthdaycelebration #30october2017 .

A post shared by AAISYAH DHIA RANA (@aaisyahdhiarana111) on

Ruangan komen di Instagram si cilik itu juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya di laman sosial yang begitu teruja dan meninggalkan komen yang agak mencuit hati.

Untunglah Aaisyah, uncle Zul Ariffin yang popular sanggup datang menyambut ulang tahun kelahirannya.

IKLAN

Untuk makluman, Aaisyah dilahirkan secara normal pada 1 November, 2014 di Hospital Ampang Puteri.