Uncategorized

Zizi Kirana Dedah Pernah Dapat Foto ‘Anu’ Dari Netizen Psiko. Bukan Sekeping, Tapi..

Share

Penyanyi, Zizi Kirana mendedahkan sebab mengapa dia tidak berapa aktif berinteraksi laman media sosial berbanding dengan artis-artis lain.

Katanya, dia sering menerima bahan-bahan berbaur ‘lucah’ daripada netizen membuatkan dia serik untuk membuka DM laman media sosialnya itu.

“Masa itu kebetulan saya dengan ‘manager’ dan kami bukalah Facebook (FB). Terkejut bila nampak ada orang hantar ‘benda itu’. Saya terus tunjuk pada manager dan dia kemudian terus marah-marah.

 

“Bukan sedikit yang dia hantar, banyak pula tu. Manager saya cepat-capat padam dan ‘block’ individu tersebut.

 

“Pada saya ini satu benda yang sangat menjengkelkan bila ada pihak yang boleh menghantar benda-benda tak senonoh ini dan saya sendiri geli dengan benda-benda macam ini.

 

“Lagipun, saya tak faham kenapa orang boleh hantar macam ini, dia boleh rilek-rilek je kot hidup.

 

“Sebab itulah saya jarang buka DM kat FB atau di Instagram, kalau buka pun sekejap sahaja sekadar tengok apa orang komen, kalau ada yang kelakar saya akan ‘repost’ tapi kalau benda macam itu nak ‘repost’ apa?,” katanya kepada MH.

Tambahnya lagi, dia juga terkejut apabila ada yang berani DM mengajaknya keluar dan sebagainya.

“Ada juga budak-budak yang DM nak berkenalan dengan saya, kalau yang dah berumur sikit ajak saya pergi minum. Kebanyakkannya memang saya tak layan lah,” katanya lagi.

Dalam perkembangan terbaru, Zizi kini sedang mempromosikan lagu kolaborasinya bersama W.A.R.I.S dan Sophia Liana iaitu Terbaik Bossku dan bakal menjalani penggambaran muzik video lagu tersebut.

Foto/Instagram: Zizi Kirana

IKLAN