Categories: Uncategorized

Zizan Razak ‘Tweet’ Mengenai ‘Playboy’, Netizen Mula Triggered Sesuatu

Share

MH lihat sekarang ini, selebriti, Zizan Razak rajin ‘tweet’ di laman Twitter miliknya, banyak pula topik yang dibincangkan disitu seperti ‘Makcik Bawang’, ‘Fattzura’ dan lain-lain.

Terbaru, Zizan ada ‘tweet’ mengenai isu ‘Playboy’ tetapi apa yang menarik perhatian MH adalah netizen yang kelihatan ‘triggered’ dengan perbincangan tersebut.

“Wujudnya playboy atas layanan pasangan yang tidak baik atau pupusnya playboy atas layanan pasangan yang begitu sempurna? #ApaKataAnda,” tulisnya.

Yang pasti, bila isu pasal buaya darat ini kan, tentunya akan berderet komen daripada netizen wanita.

Melalui pemerhatian MH, rata-rata wanita yang meninggalkan komen tersebut mungkin ada ‘pengalaman’ dengan ‘playboy’ kerana mereka kelihatan sangat membenci golongan ‘playboy ini.

Apa-apapun, MH harap agar netizen jangan mudah emo ya, Zizan hanya tanya pendapat sahaja. Mungkin lepas ini Zizan boleh buka ruang kepada para wanita ini untuk kongsi pengalaman mereka dengan ‘playboy’ ini?

 

IKLAN