Zizan Razak Rakam Foto Dengan Ustaz Azhar Idrus, Syukur Kini Semakin Pulih

Share

Selebriti Zizan Razak ada memuat naik beberapa keping foto bersama penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) di Facebook miliknya.

Perkara itu dikongsikan Zizan apabila dia berkesempatan menziarahi penceramah itu di kediamannya pada Ahad.

Kongsi pelakon filem Abang Long Fadhil itu,dia meluahkan rasa syukur kerana Azhar kini semakin sembuh selepas kemalangan jatuh basikal pada awal bulan ini.

Napok sama tapi bukang diaaaa… Alhamdulillah @uaioriginal semakin sembuh.

“Kemalangan berpunca dari main basikal lajak. Harap ustaz cepat sembuh dan dapat ke sukan olimpik tokyo 2020. #zizanrazak #uai,” selorohnya menerusi kapsyen di Facebook.

Selain Zizan, ahli saudara dan rakan-rakan turut menziarah Azhar di kediamannya.

Terdahulu, Azhar dibenarkan pulang ke rumah pada 8 November lalu selepas menjalani pembedahan menyambung tulang lengan pada bahagian atas sikunya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Terengganu.

Perkara itu disebabkan basikal yang ditunggang Azhar tiba-tiba berhenti mengejut menyebabkan penceramah itu terpelanting ketika menyertai kayuhan santai bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu.

Foto: Facebook Zizan, Rogayah Sulong

IKLAN