Terbaru, menerusi akaun Instagram Fikry Ibrahim, dia memuat naik gambar bersama pelakon, Mira Filzah dengan mengenakan pakaian pengantin.
Gambar tersebut merupakan salah satu babak untuk drama yang kini sedang hangat ditayangkan, iaitu Rahsia Hati Perempuan.
Menariknya, Fikry sempat menyakat Zizan Razak dengan “mention” namanya sambil membuat kapsyen
“@zizanrazak869 pinjam sat naa,”tulisnya
Yang mencuit hati apabila Zizan membalas status Fikry dengan kapsyen
“Hang jangan kasi dia nangis ja, Kalau dia nangis lagi siap hang. @fikryibrahim,” balasnya
Sementara itu, rata-rata peminatnya memberi komen yang mencuit hati apabila melihat gambar tersebut
Kelakar apabila melihat telatah mereka di sosial media!
Foto : Instagaram
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI