Zizan Razak Kena Prank

Beberapa hari lalu di Youtube, sebuah video yang merakamkan pelawak dan pelakon, Zizan Razak kena prank telah pun mendapat perhatian daripada setiap penonton yang menyaksikan rakaman video tersebut.

Video itu mendapat lebih daripada 80,000 tontonan sejak ianya disiarkan. Dalam video tersebut telah merakamkan bagaimana Zizan telah di prank di dalam sebuah bilik mesyuarat.

Di dalam video tersebut, pihak syarikat berkenaan telah menjemput Zizan untuk datang ke pejabat mereka bagi tujuan ‘food testing’ tapi sebaliknya mereka telah merancang untuk membuat prank terhadap Zizan.

Di awal kedatangan Zizan ke bilik mesyuarat tersebut dia hanya duduk di kerusi yang telah dikhaskan untuknya dan selepas itu keadaan tegang mula berlaku namun Zizan masih lagi kelihatan tenang.

Tidak lama selepas itu satu pergaduhan telah berlaku dan membuatkan Zizan mula resah sehinggalah satu adegan gaduh daripada pelakon-pelakon prank itu telah membuatkan Zizan segera menahan mereka daripada bertumbuk.

IKLAN

Nak tahu apa pengakhiran video prank ini? Jom tengok video di bawah.

Beralih ke ruangan komen video ini pula rata-rata mengatakan prank yang dilakukan kepada Zizan ini adalah prank yang paling membosankan. Ada juga yang mengatakan prank ini tidak seberapa kerana orang kita ini kurang sporting dan cepat marah.

IKLAN

Apa pun di penghujung video jika anda dapat lihat, Zizan memang nampak terkejut dengan situasi cemas yang berlaku itu dan dia turut tidak menyangka bahawa situasi yang berlaku itu hanyalah prank untuk dirinya.

Sumber: Youtube Zizanology