‘Zizan Dah Mintak Maaf’ – Hans Isaac

Kecoh isu tentang pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Hans Isaac yang dikatakan tersinggung dengan gurauan salah seorang pengacara Festival Filem Malaysia ke-29, Zizan Razak apabila di telah memuat naik luahan hatinya di akaun Instagram.
 
Sebentar tadi, Hans ada memuat naik sebuah video yang merakamkan dirinya menjelaskan isu tersinggung yang terjadi pada malam anugerah tersebut telah pun selesai selepas Zizan menghubunginya dan meminta maaf.
 
“Hai kepada semua followers saya di IG, saya nak bagi statement sikit apa yang telah berlaku antara Zizan dengan saya di FFM tentang apa yang Zizan kata di atas pentas, joke tu Zizan dah call saya dan kita dah bincang dan dia pun dah mintak maaf, saya pun dah maafkan dia.
 
“Dua-dua dah ok so kepada followers saya dan semua peminat thank you kepada semua kata-kata anda yang sokong Zizan, yang sokong saya,” di antara kata-kata yang diujarkan oleh Hans.
 
Di hujung video tersebut, Hans juga menyatakan bahawa perkara ini telah pun seleasai dan dia mengharapkan agar tiada pihak yang membincangkannya lagi.
 
Jom kita tengok video penuh perkongsian Hans ini.
 

IKLAN
IKLAN
 
Rata-rata pengikut Hans di Instagram juga turut senang hati apabila kedua-dua selebriti pujaan ramai ini telah berbaik.
 
ali_imran31: alhmdulillah b’damai dgn aman..cm nie la..kn bgus cz industri seni kte nie kcil jerr..syabas la pd @hansisaac n @zizanrazak869..salam 1 ??
 
heijjah: Baguslah dah settle.. joke je kot.. semua org pun tahu dato dpt secara betul.. biasalah persepsi org tu berbeza2.. sesetgh pihak pulak suka nk melaga2kan.. sayang kalau dua2 pihak bergaduh jst krba perkara kecil mcmni.. dua2 sy suka.. dua2 sy sokong.. dua2 baik2 ya 
 
harimau.malika: Dua2 pn saya minat, memaaf kn ada lah yg ter ????????
 
Baguslah kalau kedua-dua selebriti ini sudah berbaik. Industri seni negara kita ini pun kecil jadi eloklah jika hal yang remeh seperti ini tidak dibesar-besarkan malah diselesaikan dengan cara yang matang.
 
 
Sumber: Instagram Hans Isaac