Terkejut MH apabila ternampak satu posting daripada pelakon dan pelawak popular, Zizan Razak yang sedang terbaring menahan sakit di Instagram.

Menerusi ruang kapsyen posting tersebut, Zizan menyatakan yang dia mengalami kecederaan semasa melakukan satu babak aksi untuk filem Polis Evo 2.

“Jadi nasihat Zizan kepada semua tolonglah jangan ada cetak rompak lagi atau curi curi rakam kerana bukan senang nak hasilkan sesebuah filem. Harini Zizan cedera dalam satu babak aksi. Dan doakan Zizan cepat sembuh. Amin. #getwellsoon #zizanrazak #action #film #movie #love #live #polisevo2 #kitaok,” tulis Zizan.

Zizan Cedera Di Set Penggambaran

Zizan Cedera Di Set Penggambaran

Zizan Cedera Di Set Penggambaran

IKLAN

Ramai yang turut terkejut melihat keadaan Zizan terbaring sebegitu dan rata-rata peminatnya berdoa agar keadaan Zizan kembali pulih seperti sediakala.

_akak_nurul: Semoga zizan cept sembuh yer…..amin..

sidi2803: Moga Allah segerakan semboh yaa..

IKLAN

naniey_hazwananiey: Gws abang zizan semoga cepat sembuh aminn

sainihxlmi: @zizanrazak869 biasalah bro bukan senang jugak nak mencari demi sesuap nasi. “Walau macam mana kuat sekalipun kita ada tewas nya juga”. Get well soon brotha. Kami doakan luu cepat sembuh.

IKLAN

MH setuju dengan nasihat Zizan kepada semua supaya jangan membeli cetak rompak atau mencuri-curi rakam filem. Lihat saja apa yang dilalui oleh Zizan ini sampai terbaring menahan kesakitan hanya untuk memberikan aksi yang terbaik dalam lakonannya.

Sebagai penonton apa salahnya jika kita sama-sama menyokong industri perfileman tempatan dan menghargai titik peluh setiap pelakon yang sanggup berhempas pulas untuk memberi lakonan yang terbaik buat semua.

Apapun MH doakan agar Zizan cepat sembuh dan kembali sihat seperti sediakala.

Sumber: Instagram Zizan Razak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI