Semakin panas dan hangat nampaknya isu Persatuan Seniman sejak minggu lalu apabila seorang pelakon wanita, Tiz Zaqyah telah mempersoalkan apakah Seniman?

Ramai juga dalam kalangan artis yang bersetuju dengan setiap yang dikatakan dan dipersoalkan oleh Tiz tentang hak mereka sebagai ahli dalam persatuan tersebut.

Rentetan daripada hal itu, Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi telah membuat satu surat terbuka dan dikongsikan di akaun Facebook.

IKLAN

IKLAN

“SURAT TERBUKA KEPADA AHLI SENIMAN

 

“15 OKTOBER 2017 : AHAD : 3.56 PAGI : Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua ahli-ahli SENIMAN yang dikasihi sekalian. Hari ini saya ingin meluahkan sedikit kekecewaan isi hati saya selama menerajui PERSATUAN SENIMAN MALAYSIA (SENIMAN). Saya sedar sejak kebelakangan ini, saya mendapat perkhabaran atau cakap-cakap mengenai kepimpinan saya di dalam SENIMAN. Bagi saya itu perkara biasa apabila orang luar atau bukan ahli yang memberikan pandangan-pandangan positif mahupun yang negatif. Ia agak luar biasa apabila ahli-ahli SENIMAN sendiri yang memberikan pandangan secara terbuka mengenai hal-hal persatuan kepada umum tidak kira perkara baik atau pun yang buruk. Secara analogikalnya apabila kita mempunyai masalah keluarga adakah kita perlu menceritakan masalah dalaman keluarga kepada orang ramai? Adakah kita perlu membuka pekung keluarga secara umum? Bagaimana persepsi masyarakat kepada keluarga kita ini nanti?. Masalah keluarga perlu diselesaikan secara berkeluarga. Saya menganggap SENIMAN adalah sebuah keluarga, YA! Keluarga yang besar dan agak rumit untuk ditadbiri. Apabila masalah berlaku, kita perlu mengikuti saluran yang betul untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan professional.

 

“Baru-baru ini seorang ahli SENIMAN telah meluahkan isi hati mengenai Haknya di dalam SENIMAN melalui media sosial. Baik! Saya menjawab persoalan ahli tersebut supaya sedikit sebanyak ahli itu faham fungsi dan peranan SENIMAN. Persoalan tersebut saya merujuk instagram ahli tersebut dan saya menjawab supaya sedikit sebanyak dapat membantunya untuk berfikir. Saya huraikan dari ayat ini “ NIAT SAYA NAK MEMPERTAHAN HAK MASING2 DLM INDUSTRI NI” betul saya tahu anda ingin HAK anda tapi boleh bagitau saya HAK yang macam mana ye? Di dalam SENIMAN anda mempunyai HAK, HAK itu adalah HAK mengundi. Anda juga mempunyai HAK yang lain seperti HAK bersuara atau HAK untuk memberikan pandangan tetapi hanya melalui MESYUARAT AGUNG sahaja bukannya menuntut HAK di MEDIA SOSIAL ini semua telah diperuntukan didalam perlembagaan SENIMAN. J

 

“Seterusnya saya huraikan persoalan anda yang berbunyi.., “SEBAGAI SEORANG AHLI SENIMAN. HOW DID I REGISTER? PAY THE FEE. NO BLACK AND WHITE, NOTHING ON PAPER, NOTHING TO SIGN. HANYA DAPAT NO.AHLI DAN CARD. LAST MONTH BARU RENEW, SEBELUM SHOOT PM KATA KEAHLIAN SAYA EXPIRED. SO KENA BAYAR UNTUK RENEW. NO NEED SIGN APA APA JUST BAYAR DAPATLAH RESIT RASMI. SIMPLE SAHAJA. Ok saya jawab soalan anda. Sebagai ahli SENIMAN macam mana anda boleh daftar? Anda boleh rujuk di pejabat SENIMAN yang berada di TAMAN MELAWATI dan pejabat SENIMAN tidak pernah berubah sejak anda mula mula berlakon lagi mungkin anda lupa nak google, takpa saya faham. J Polisi dan dasar SENIMAN amat mudah kita mempunyai 4 pekara asas MEMPERJUANG, MEMBELA, MENJAGA KEBAJIKAN DAN MENINGKATKAN IMEJ ARTIS.

 

“Jadi peranan SENIMAN salah satunya mempermudahkan ahlinya untuk berurusan dengan persatuan. Bila anda ingin mendaftar sebagai ahli anda perlu mengisi borang keahlian dahulu jadi, borang tulah BLACK AND WHITE untuk anda. Maklumat peribadi di perlukan dan syarat-syarat keahlian juga ada tertulis di dalam borang tersebut. Mungkin anda pernah mengisi borang dulu atau mungkin anda tak pernah isi borang dan meminta wakil untuk mengisikan maklumat borang itu untuk anda. Itu Cuma MUNGKIN!, saya tak tuduh saya menilai dari apa yang anda tulis sahaja. Merujuk dari tulisan anda RENEW? Itu bermakna maklumat anda telah ada di dalam sistem pangkalan data SENIMAN, jadi anda perlu la RENEW sahaja tak perlulah anda isi borang keahlian baru, bila dah RENEW, SENIMAN akan mengeluarkan RESIT sebagai bukti pembayaran, itu SOP biasa. Takanlah bila ahli membayar yuran kita tak keluarkan resit, nanti takut ahli cakap kita makan duit pulak… resit dikeluarkan bagi tujuan audit setiap tahun ia adalah dokumen duit keluar dan masuk persatuan.

 

“Untuk pengetahuan anda, bila selesai anda membuat bayaran yuran, anda akan mendapat kad keahlian seniman berserta NO. AHLI dan juga TARIKH LUPUT KEAHLIAN DAN INSURAN. Ini bermakna setelah membayar yuran anda, anda akan dilindungi INSURAN selama setahun dan ini lah salah satu fungsi SENIMAN untuk membela ahlinya.

 

“Saya rasa kalau nak menjawab keseluruhan pertanyaan anda ini mungkin akan berjelar jelar lagilah yang perlu saya tulis sebab itulah kita mempunyai medium seperti MESYUARAT AGUNG untuk anda melontarkan idea idea yang dapat membantu ahli-ahli dan seluruh penggiat seni di Malaysia secara FACE TO FACE. Tapi kena ingat! apa yang kita lontarkan sebagai contoh, sekirannya ia adalah satu ISU atau MASALAH anda perlu kemukakan sekali idea bagaimana untuk menyelesaikan MASALAH tersebut dan SENIMAN hanya menjadi fasilatator untuk membantu merealisasikan pandangan anda. Kami di SENIMAN tidak ada gaji dan buat secara sukarela jadi kami amat memerlukan sokongan ahli-ahli untuk membantu kami dalam perjuangan yang penuh dengan cabaran ini.

 

“Saya juga agak tertarik dengan ayat anda yang dirujuk :- “ I CHOSE SOCIAL MEDIA. TRANSPARENCY” kalau anda lebih selesa dengan media sosial boleh la add INSTARGRAM PERSATUAN SENIMAN MALAYSIA, TWITTER SENIMAN MALAYSIA dan FACEBOOK PAGE DAN GROUP PERSATUAN SENIMAN MALAYSIA. Kalau nak lebih mudah dan nak dapatkan segala maklumat SENIMAN anda boleh terus rujuk WEBSITE SENIMAN di www.seniman.com.my . Dalam soal ini, jangan lah anda bekecik hati bila maklumat mengenai program dan aktiviti seniman anda tidak tahu sebab anda tidak pernah nak ambik tahu mengenai seniman. Saya tak tuduh MUNGKIN! Anda terlepas pandang. Saya sentiasa terbuka berjumpa dengan mana mana ahli SENIMAN yang ingin nak ambik tahu mengenai persatuan. Saya juga manusia biasa dan mempunyai kelemahan jadi tegur la saya sekirannya saya terkeluar dari landasan.

 

“ANAK SENI PEWARIS BUDAYA, SENIMAN RAKYAT UNTUK NEGARA.

 

“ROZAIDI ABDUL JAMIL @ ZED ZAIDI

 

“PRESIDEN SENIMAN MALAYSIA (SENIMAN)

 

“TAMAT PADA JAM 5.34 PAGI 15 OKTOBER 2017,” surat terbuka yang ditulis oleh Zed.

Sungguh panjang lebar penjelasan dan jawapan Zed terhadap segala persoalan. Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.

IKLAN

Sumber: Facebook Zed Zaidi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI