Nampaknya isu antara pelakon Dira Abu Zahar dan Fathia Latiff masih hangat diperkatakan.
Terbaru, pelakon Zarina An-Joulie tampil memberi pendapatnya mengenai isu Dira memerli dan membuka aib Fathia secara langsung dalam persidangan di PWTC baru-baru ini.
Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar menasihatkan Fathia supaya ‘duduk diam’ dan menumpukan pada kerjaya lakonannya.
Menerusi akaun Instagram milik Zarina, dia ada memuat naik video yang berdurasi satu minit bersuara tidak bersetuju dengan kenyataan Dira yang memalukan Fathia.
Dia juga menyelar Dira yang seolah-olah sengaja mencari publisiti dan meraih perhatian dalam persidangan itu.
“So Dira is this what u do pergi turun padang aib kan another female thats digusting n a digrace to puteri umno punya society. Maybe fathia did say something but tak payah lah nk aibkan sampai camtu itu ke keje puteri umno bila turun padang pui.
“Shame on you sebagai seorang wanita. Bah ambik at least you have a new topic to hentam when u turun padang. Yang lain sila tag, I tak tau username dia. Thank you.” Tulisnya di laman tersebut
Ramai yang bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Zarina dan berpendapat Dira seharusnya mencari jalan untuk membantu rakyat dan tidak menyindir orang lain.
Zarina juga menambah dalam video kedua, dia bukan bermaksud untuk membenci atau ada masalah dengan Dira, tetapi dia berkata dia hanya tidak suka wanita cuba menjatuhkan maruah wanita lain terutama kawannya.
“Dont get it twisted i dont hate dira i just dont like how she would diss another female (whos also my friend) in such way.
“Im all about having another womans back spreading positivity n menolong janda also parti anti jantan curang thats it.” tambahnya.
Terdahulu, Fathia sendiri juga mempertahankan setiap apa yang disuarakannya tanpa rasa takut atau meminta pertolongan daripada sesiapa sekali pun.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI