Pelakon, Zara Zya tampil menjelaskan mengenai khabar angin yang tular sejak semalam yang mengatakan dirinya kini sedang menjalin hubungan istimewa bersama bersama seorang usahawan yang juga bekas tunang kepada seorang selebriti.
Menurut Zara, hubungannya bersama usahawan terbabit hanyalah sekadar teman biasa dan mereka juga baru pertama kali berjumpa.
“Maaf kerana terpaksa cakap sebegini, ini sudah melampau. Saya tiada sebarang hubungan peribadi dengan individu yang digosipkan.
“Hubungan kami hanyalah sekadar kenalan biasa. Jumpa pun baru sekali,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh Zara menerusi hantaran di aplikasi Threads.
Ads
Jelas pelakon drama Sumpah Ibuku itu lagi, dia berharap agar individu berkenaan berhenti untuk memberikan sebarang kenyataan yang mampu mencemarkan nama baik dirinya dan keluarga.
“Jika pihak sana mempunyai perasaan, itu adalah urusan peribadi dia dan tiada kena mengena dengan saya.
Ads
“Saya harap dia berhenti menyebarkan naratif yang tidak tepat kerana ia menjejaskan reputasi saya serta keluarga,” kongsinya.
Enggan Terpalit Gosip Murahan
Dalam masa sama, Zara menegaskan dirinya enggan melayan gosip-gosip murahan yang sedikit sebanyak boleh mencalarkan reputasinya.
“Saya juga tidak berminat untuk melayan gosip murahan macamni. Tolong temu bual saya sendiri. Bukan orang yang tiada kena mengena dalam industri,” ulasnya.
Ads
Terdahulu, tular foto Zara bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Datuk Seri Khazrul Elzey.
Khazrul, yang juga bekas tunang kepada selebriti sensasi Zarina Anjoulie, didakwa ada memberitahu sebuah portal hiburan bahawa dia tidak menolak kemungkinan untuk bertemu jodoh dengan Zara.
Malah, Khazrul turut memuji keperibadian aktres itu dan menyatakan kesediaannya untuk mengenali Zara dengan lebih rapat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Threads Zara Zya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Lakonan mantap pelakon versatil, Sharifah Sakinah dalam drama Sujud Terakhir Encik Norman kini semakin hangat diperkatakan, lebih-lebih lagi apabila beberapa babak emosinya tular di media sosial.
Rata-rata penonton ibarat ‘sesak dada’ menyaksikan penghayatan Sakinah yang disifatkan terlalu nyata dan seolah-olah bukan sekadar lakonan.
Naskhah ini turut memperlihatkan Sakinah seperti benar-benar melalui penderitaan watak yang dibawakan.
Menerusi beberapa klip yang dikongsi di media sosial, jelas terpancar konflik dalaman, luka emosi serta kekuatan seorang wanita yang dipersembahkan dengan cukup jujur.
Tidak keterlaluan jika dikatakan, babak tangisan dan luahan perasaan yang dipaparkan antara momen paling berat dalam naskhah arahan pengarah, Shahrulezad Mohameddin ini.
Keberanian Sakinah membawakan watak Emma Khairuddin yang sarat dengan trauma dan tekanan jiwa sememangnya layak diberikan pujian, sekali gus membuktikan dia berada dalam kelas yang tersendiri.
Antara babak yang paling berbekas di hati penonton ialah konfrontasi dan situasi tegang sewaktu pertama kali Emma bertemu dengan anak tirinya, Umar lakonan Rykarl Iskandar.
Setiap dialog dilontarkan dengan tona yang tepat dan tidak berlebihan, namun cukup untuk membuat penonton merasai pedihnya hingga ke hati.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kualiti lakonan yang dipamerkan Sakinah selain tidak sabar menantikan kesudahan drama ini.
Berikut antara komen-komen yang ditinggalkan netizen;
“Saya cuma nak katakan, jika Malaysia ada anugerah Golden Globe, Sakinah layak menang. Kawalan emosi yang ditunjukkan sangat sempurna.”
“Penat watak Sakinah ni. Memang lain level.”
“Suka tengok Sakinah dan Rykarl Iskandar berlawan mulut. On point betul.”
“Sakinah layak untuk dapat anugerah bagi naskhah ini.”
“Apa sahaja yang tak boleh Sakinah ni? Belakon komedi, drama dan muzik video pun boleh. Memang hebat.”
Selain Sakinah, drama 28 episod ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Aidil Aziz, Trisha Ooi dan Zalif Sidek.
Sujud Terakhir Encik Norman bersiaran pada setiap Rabu dan Khamis jam 9.00 malam di saluran Astro Ria dan sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Kredit Foto: Instagram Sharifah Sakinah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas bersiaran selama 22 episod, drama sensasi Impiana: Karma akhirnya melabuhkan tirai menerusi episod akhir yang penuh debaran, dengan menyusun kemas segala konflik, dendam dan rahsia yang selama ini membelenggu watak-watak utamanya.
Selepas beberapa episod terakhir yang sarat dengan permainan emosi dan plot twist, episod final tampil sebagai ‘penutup hutang’ apabila setiap pilihan yang dibuat sebelum ini akhirnya memakan diri.
Apa yang bermula sebagai peluang untuk mengubah hidup bertukar menjadi mimpi ngeri apabila janji manis Impiana terbukti bukan jalan mudah, sebaliknya sebuah perangkap yang menuntut bayaran mahal.
Malah, dendam kesumat yang selama ini disimpan oleh Mimi Monira yang dilakonkan oleh Ezzanie Jazny yang suatu ketika dahulu merupakan mangsa buli mental dan fizikal, nampaknya masih belum berkesudahan.
Sehingga ke episod akhir, Mimi nampaknya tidak pernah serik dan mengalah untuk memastikan The Wannababes hidup tersiksa.
Sepanjang 22 episod ini, penonton juga dapat menyaksikan perancangan rapi Mimi Monira yang mempergunakan syarikat Impiana milik seorang individu kehormat untuk membalas dendam terhadap setiap seorang ahli The Wannababes, termasuklah orang-orang di sekeliling mereka.
Episod akhir turut menekankan mesej utama drama ini, iaitu apabila impian dikejar tanpa batas, manusia sanggup hilang diri. Akhirnya, karma tetap datang menuntut bayaran.
Episod akhir ini bermula dengan konfrontasi di antara Mimi Monira dan Fasha (Che Puan Juliana Evans) yang agak menegangkan.
Fasha yang dilihat amat menyesali segala perbuatan lampaunya memohon kepada Mimi agar menghentikan segala perancangan dendam dan melepaskan kesemua rakan-rakannya daripada terus tersiksa.
Meskipun hatinya berbelah bahagi, Mimi bagaimanapun menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai kuasa untuk menghentikan segala perancangan yang telah ditetapkan Impiana.
Dalam masa yang sama, Nana (Sharifah Haneesya) masih terperangkap sebagai tahanan penjara wanita, manakala Paie (Syazwan Razak) turut berada dalam tahanan selepas ‘dikambing hitamkan’ terbabit dalam kemalangan maut yang menyebabkan kematian ibu bapa Linda (Tiz Zaqyah).
Situasi ini menimbulkan pelbagai persoalan dalam minda penonton. Adakah Mimi juga sebenarnya merupakan salah seorang peserta yang mendaftarkan diri dengan Impiana dan bukannya bekerja di syarikat misteri tersebut?
Episod kemuncak ini turut menyaksikan pertemuan diantara Mimi dan The Wannababes. Namun begitu, babak ini secara tidak langsung membuatkan penonton berasa sayu apabila didedahkan dengan pengalaman hitam yang terpaksa dilalui Mimi sepanjang menjadi mangsa buli ketika di sekolah.
Sepanjang tempoh tersebut, Mimi kerap mempersoalkan takdir tuhan yang menjadikan dirinya gemuk dan tidak diterima rakan-rakan sekolah.
Malah, dia juga masih terkesan dengan insiden kematian sahabat baiknya, Shazle, yang turut menjadi mangsa buli.
Ketika asyik meluahkan perasaan, Mimi tidak menyedari keadaan bangunan usang di sekelilingnya sehingga menyebabkan dia tergelincir.
Walaupun tangannya sempat disambut oleh The Wannababes, Mimi akhirnya memutuskan untuk melepaskan genggaman tersebut lalu terjatuh.
Apa yang menjadi persoalan, mayat Mimi didapati hilang dan masih tidak dapat ditemui di lokasi kejadian.
Selepas insiden itu, kesemua kegiatan Impiana terhenti dan seakan menyepi apabila operasi mereka kini berada dalam pemerhatian pihak polis yang diketuai oleh Amir (Nas-T).
Bagaimanapun, Fasha menerima mesej mengejutkan daripada nombor yang tidak dikenali yang memaparkan video memperlihatkan Mimi masih lagi hidup.
Dalam mesej tersebut, Mimi memberi amaran bahawa dendamnya masih belum berkahir dan dia mempunyai perancangan lebih khusus untuk menghancurkan The Wannababes.
Gambaran mengenai pulau terpencil itu turut menimbulkan tanda tanya. Lebih mengejutkan, Fasha secara sukarela menawarkan diri dengan mendaftar masuk ke Impiana untuk mencabar Mimi dan membatalkan segala ancaman yang diterima mereka selama ini.
Adakah ini menandakan bakal adanya Impiana: Karma musim ke-2? Sama-sama kita saksikan nanti.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon popular, Meerqeen mencipta sensasi apabila dinobatkan sebagai pemenang utama di Gempak Most Wanted Awards (GMWA2025), malam tadi.
Menerima markah tertinggi menerusi undian peminat serta penilaian juri, Meerqeen menyifatkan kemenangan tersebut sebagai pembuka tirai yang hebat buat perjalanan kerjaya seninya bagi tahun ini.
Pada malam sama, dia turut membawa pulang dua lagi trofi iaitu Anugerah Selebriti Tergempak dan Drama Tergempak menerusi naskhah, Thariq Ridzuan.
Ketika menerima anugerah, Meerqeen merakamkan ucapan penghargaan kepada para peminat yang sentiasa menyokong perjalanan kerjaya seninya selama ini.
Menurutnya lagi, tahun 2026 bakal menjadi tahun yang cukup istimewa kerana dirinya akan tampil dalam sebuah projek berskala besar yang disifatkan sebagai hadiah khas buat para peminat.
Dalam pada itu, kumpulan pop yang semakin meningkat naik, Alpha turut mencipta kejutan apabila berjaya merangkul dua trofi bagi kategori Lagu Tergempak dan Muzik Video Tergempak.
Berikut senarai penuh pemanang GMWA 2025;
1. Program Digital Tergempak
• Sembang Seram: Jiha Sham
2. Digital Creator Sports Tergempak
• Hakim Nanyan
3. Digital Creator Entertainment Tergempak
• Christy Ng
4. Digital Creator Motivation & Education Tergempak
• Sir Badang
5. Digital Creator Foodie Tergempak
• Jason
6. Digital Creator Beauty & Fashion Tergempak
• Nigel Sparks
7. Digital Creator Lifestyle Tergempak
• Wani Faizun
8. Hos Program Digital Tergempak
• Amelia Henderson
GMWA2025 yang berlangsung di Auditorium MBSA turut dimeriahkan dengan persembahan hebat daripada Aina Abdul, Dayang Nurfaizah, Aisha Retno, Zaki Yamani dan Thalita.
Acara yang bertemakan Re Culture ini menampilkan gandingan hos popular, Sean Lee dan Amelia Henderson.
GMWA 2024 dipancarkan secara langsung menerusi di saluran Astro Ria dan Astro Go.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan kepada Juara Dewi Remaja 2023 yang kini bergelar pelakon, Nurel Baharin, 24, yang sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Esmeer Mansor dengan...