Zara Zya Sahkan Sudah Dirisik Keluarga Hafreez Adam Sebulan Lalu

Share

Pelakon Zara Zya menerusi Harian Metro mengesahkan dirinya sudah dirisik keluarga kekasih, Hafreez Adam pada 8 September lalu.

Jelasnya, hal ini dirahsiakan atas permintaan keluarga kedua belah pihak.

“Keluarga Hafreez sudah datang berjumpa keluarga saya untuk merisik pada 8 September lalu.

“Semuanya berjalan lancar dan atas permintaan keluarga, kami terpaksa adakan secara tertutup dan tidak umumkan mengenainya.

“Kalau ikut perancangan, Insya-Allah akan ada majlis pertunangan. Apa-apa, kami akan maklumkan kelak,” katanya seperti yang dipetik.

Terdahulu, pasangan ini sudah dua tahun menyulam cinta ketika sama-sama membintangi drama Mona Lisa.

Foto : Harian Metro

IKLAN