Pelakon dan usahawan, Zara Zya tampil melakukan inisiatif tersendiri di dalam usaha membantu golongan yang memerlukan dengan menjual kek pisang hasil air tangan sendiri.
Menurut Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin,35, kek pisang yang dijual dengan harga RM10 sebiji itu menggunakan modal sendiri dan hasil jualan akan disumbangkan kepada mereka yang layak menerimanya.
“Sepanjang tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang dikuat kuasakan ketika ini, penggambaran ditangguhkan dan pergerakan menjadi terhad. Jadi, selain menguruskan restoran, saya mencari masa dengan membuat kek pisang dan dijual kepada orang ramai secara dalam talian.
“Kiranya mereka yang membeli kek ini sekaligus melakukan kerja amal. Hasil jualan akan disalurkan ke dalam dana Zara Prihatin dan akan diberikan kepada golongan susah yang terkesan akibat pandemik.
Ads
“Misalnya para pelajar yang terkandas di semenanjung, mereka yang kehilangan pendapatan selain petugas barisan hadapan. Pembeli boleh beli atau membuat tempahan menerusi Instagram.
“Agihan bantuan pula saya agihkan secara berperingkat dan mengikut sasaran,” kata pemilik ZaraZyaCooks ini.
Ads
Mahu menyumbangkan sesuatu kepada golongan yang terjejas, bintang drama Calon Menantu Tuan Rumah ini juga menambah inilah masa untuknya melakukan sesuatu dengan apa adanya.
Ads
“Sebelum ini pun saya terfikir juga, apalah cara yang ada untuk saya bantu masyarakat yang terkesan dengan situasi sekarang. Jadi, saya gunalah kebolehan membuat kek demi mengumpul dana.
“Orang ramai bukan sahaja boleh makan kek pisang resepi saya, malah pada masa sama turut melakukan kebajikan. Harganya juga mampu milik dan harapan saya moga sumbangan yang tidak seberapa ini sedikit-sebanyak mampu meringankan beban sesetengah orang, insya-Allah” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan, perkahwinan di antara pasangan pelakon, Hannah Delisha dan Imam Syah nyata mengejutkan hati ramai pihak terutamanya buat para peminat.
Bagaimanapun, selepas majlis tersebut dimaklumkan media, rata-rata peminat berasa sangat teruja dan ada juga yang menzahirkan rasa terkejut.
Terbaru, menerusi perkongsian di laman Twitter, individu ini mendedahkan dia nekad untuk memadam kesemua gambar-gambar Hannah yang pernah disimpan di telefon bimbitnya sebelum ini sebagai tanda menghormati status terkini pelakon asal Singapura itu.
Tindakan tersebut ternyata mendapat perhatian daripada Hannah yang turut dilihat meninggal respon pada tweet individu berkenaan.
Menurut Hanna, dia amat menghormati tindakan individu tersebut selain turut menyifat dia sebagai seorang lelaki yang kaya dengan adab.
“I respect your adab, brother,” tulisnya ringkas.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji tindakan individu tersebut selain turut mendoakan semoga Hannah dan juga suami akan kekal bahagia sampai ke jannah.
Terdahulu, Hannah dan Imam telah pun
selamat diijab kabul pada tanggal 18 Februari lalu menerusi sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Difahamkan pernikahan pasangan ini telah pun didaftarkan di Registry of Marriage Singapore atau Biro Lesen Perkahwinan Singapura.
Sumber: Twitter Hannah Delisha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan, perkhidmatan penstriman media, Over The Top (OTT) bukan sahaja memudahkan akses bagi penonton menikmati filem, muzik, drama dan pelbagai kandungan digital, malah harga berpatutan ditawarkan merangkumi penggunaan lebih meluas.
Apatah lagi, dengan kekangan pandemik COVID-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasakan, ramai yang memilih hiburan di hujung jari sahaja.
Lalu, telefon bimbit yang mempunyai akses internet boleh menstrim filem dan pelbagai kandungan digital di mana sahaja.
Mengambil peluang pada masa yang tepat, Mbits Digital Sdn Bhd memperkenalkan saluran Popcorn menerusi PLAY yang juga platform penyiaran digital tele-virtual OTT pertama dalam industri penyiaran di Malaysia.
Seperti aplikasi digital lain, PLAY boleh dimuat turun menerusi laman web, PLAY, Apple, Huawei dan Google Store.
Pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Mbits Digital, Saraleana Nattaya Azmi, berkata, perbezaan PLAY dan penyiaran lain di Malaysia adalah kemudahan akses kepada kandungan digital, filem, muzik dan drama yang disediakan.
“PLAY adalah penyiaran digital baharu dan secara teknikalnya, PLAY seperti stesen televisyen (TV), cuma bezanya kami memilih platform penyiaran digital bukan penyiaran secara satelit.
“Kalau mahu membayangkan aplikasi digital yang sedia ada, ia seperti gabungan stesen TV, Netflix dn Spotify disebabkan kepelbagaian kandungan yang disediakan,” katanya.
Turut serta pada sesi pelancarannya ialah pengasas bersama yang juga Ketua Pegawai Strategik Mbits Digital, CL Hor dan Ketua PLAY, Ian Chin.
Dari segi jenis kandungan, Saraleana berkata, pengguna boleh menikmati pelbagai kandungan seperti Video On Demand, muzik, konsert secara langsung, saluran pengeluar kandungan tempatan dan antarabangsa.
Semua ini boleh didapati pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui pelbagai jenis peranti.
“Tidak hanya filem, drama bersiri dan sebagainya, PLAY membolehkan pendengar menikmati senarai muzik dan podcast tempatan dengan memasangkan ke mana-mana peranti.
“Istimewanya, PLAY menampilkan pelbagai saluran berita tempatan dan antarabangsa, termasuk siaran langsung saluran sukan seperti bola sepak, perlumbaan kuda, games dan banyak lagi.
“Sehingga kini, pengguna PLAY boleh menonton drama K-Pop dan Asia yang menyediakan lebih 8,000 jam tontonan dengan pelbagai drama dan filem menarik,” katanya.
Malah memetik Berita Harian, PLAY turut memberi manfaat buat pengeluar kandungan bagi menjana pendapatan dengan menawarkan kandungan percuma untuk ditonton, bayar setiap kali menonton dan koleksi yang ditonton.
“PLAY dibina untuk produser kandungan sebab kami mempunyai elemen seperti panggung wayang. Kita sedia tahu karya tempatan perlu bersaing dengan filem antarabangsa untuk satu tempoh tayangan. Disebabkan itu, kebanyakan produser beralih kepada pawagam di rumah.
“Sekiranya produser mempunyai karya, mereka boleh menayangkannya menerusi PLAY.
“Caj seperti panggung wayang dikenakan, tetapi tayangannya diberi tempoh selama setahun. Ini adalah inisiatif PLAY untuk memberi manfaat kepada produser.
“Selain itu, kami memperkenalkan sistem PLAY Tiket iaitu konsep baharu yang membolehkan penonton membayar setiap kandungan seolah-olah membeli tiket di panggung wayang,” katanya.
Lebih menarik, PLAY membina platform Popcorn kerana mahu menyokong pengeluar kandungan tempatan dengan menawarkan tingkap digital ke dunia global. PLAY sudah memiliki 16 rakan strategi platform digital pelbagai pilihan di seluruh dunia.
Menerusi platfom Popcorn, katanya, ia boleh mempamerkan pelbagai budaya, bahasa, warisan, seni dan hiburan di Malaysia tanpa perlu membayar kos yang tinggi untuk memiliki platform atau saluran sendiri.
Saraleana berkata, usaha berkenaan dilakukan bagi mengembangkan kandungan tempatan ke peringkat global. PLAY boleh dijadikan landasan untuk mengangkat karya tempatan ke luar negara.
“Dunia tanpa sempadan melalui platform digital. Mengapa kita sebagai rakyat Malaysia harus ketinggalan zaman dan hanya bergantung pada platform digital antarabangsa?
“Sebagai penyiar tempatan, kita harus berkembang dan menyesuaikan diri dengan trend global ke arah digital. Inilah sebabnya kami memajukan PLAY.
“PLAY akan mempamerkan dan mengembangkan kandungan Malaysia ke seluruh dunia. Ia disesuaikan dengan keperluan digital yang semakin meningkat.
“Amat bermanfaat bagi pengguna dan pengeluar kandungan mempunyai platform alternatif untuk menikmati kandungan dan menjana pendapatan pada peringkat antarabangsa.
“Kami mahu menjadikan PLAY sebagai platform glokal untuk mempamerkan kandungan Malaysia dan Asia ke seluruh dunia. Kisah budaya dan warisan lebih baik diceritakan oleh kita sendiri,” katanya lagi.
Meski PLAY turut menawarkan pengguna pelbagai kandungan antarabangsa, Saraleana menjelaskan, platform itu lebih fokus kepada kandungan tempatan dan Asia, selaras dengan usaha mengangkat karya tempatan.
Justeru, katanya, bagi menggalakkan orang ramai merasai pengalaman berhibur di hujung jari, PLAY memberi pengguna akses percuma selama tiga bulan, sejak awal bulan ini.
“Selepas tiga bulan, pengguna perlu melanggan dengan hanya bayaran RM5 sebulan untuk mengakses semua kandungan termasuk kandungan premium terpilih. Kandungan premium lain tertakluk kepada pilihan pengguna untuk melanggan dan menikmati.
“PLAY bukan sahaja platform penyiaran, malah ia adalah penyiaran OTT tele-virtual digital yang memberikan pengalaman hiburan tanpa henti dengan harga berpatutan.
“Pendaftaran PLAY semudah pengisian borang digital menerusi aplikasi berkenaan dan seterusnya, membuat pilihan tiket dan pelan yang disukai,” katanya yang turut mendasarkan lebih 100,000 pengguna dalam tempoh enam bulan akan datang.
Lalu, PLAY diharap dapat menarik orang ramai menggunakan penyiaran digital tele-virtual dalam satu platform.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Nor Azzarima Zawari atau lebih dikenali sebagai Azza Elite telah didakwa menjadi mangsa sindiket penipuan pembantu rumah.
Kongsi Azza, atas dasar percaya bersama individu yang dikenali sebagai Fuad, pelakon berusia 43 tahun ini telah kehilangan ribuan wang ringgit.
Menurut pelakon drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa ini, individu tersebut merupakan seorang rakan di kalangan selebriti.
Dalam pada itu, Azza turut berkongsi cerita dan pengalaman yang dialaminya bersama pengikut di akaun Instagram miliknya.
“Nak cari maid kena tipu babeng betul dia tipu nya duit Kita Ada Balance 1700 LG mangkuk ayun betul nama org tu Fuad. Kawan pada artis .
“Kita ingat ke kawan Kita kenal kan Elok lah .. rupa nya Haus . Fuad ni kalau Aku letak gambo baru ko tau . Fuad ko bayar duit azza skrg sblm i letak nama kawan artis i yg x bersalah . Should I report police gais?
“Fuad tu should I letak gambo ? I Kalau dapat duit ni i x ambik skit dan selebihnya Aku bg org susah . Hanet nya Fuad
“Modes operandi antar maid tua yg pegang kuali pun terketor dan Aku x sanggup nk suruh buat kerja. Yang kedua dia antar bila kita tuko .. ye puan 1000 kali suruh buat lain dia buat lain Aku suh jaga adam dia dok tgk Aku urut
“aku x suruh masak pun suruh jaga adam dan bersih rumah . Last skali Aku mintak duit kt partner Fuad Indonesian dia bg Aku 1100 Sb 900 dah terpakai sb Aku tgk deme rumah pun kongsi Aku halalkan dan Aku angab zakat !
“Yg je dua kak Ida kak Ida ni org yg cari maid dia bayar bLik perfectly tp so Fuad ni uols bawak lari duit x nak bayar rm1700 . Dia ckp apa tau mula mula ni kosong tp nanti kalau nk buat permit azza boleh buat sendiri . Jadi aku pun yakin lah sb mana ko nk cari time pkp ni .
“Sb Aku yakin Aku boleh pg imegresen untuk urus sendiri . Tp si Fuad dia bawak lari 1700 . Aku jual sejadahhhhhhh je tau ! Aku Ada semput Aku buat jugak sejadah pakai mask ! Ko senang bawak lari duit Aku ! Korang nk tengok ke muka fuaad tu.
“Ini sebenarnya sindeket.. Dia ambik duit kita dan dia antar yg bukan bukan.
Kita pun tau Ada a few LG artis terkena ! Mangkuk betul Tadi dia call sis Kata nk bayar rm750 je lepas Aku tulis kt ig ni,” tulisnya panjang lebar.
Foto: Instagram Azza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan Ezwan Zain mengulas mengenai majlis resepsi hari bahagianya bersama isteri tercinta, Erra Fazira, pada Sabtu.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga turut mengulas...