“Zaman Sekarang Dah Galakkan Anak Kecil Ke Surau,” – Yana Samsudin Dedah Umur 5 Tahun Dah Jejak Rumah Allah

Share

Meskipun sedar kehadiran anak kecil di rumah Allah menambah keberkatan, namun ulas Yana Samsudin dia juga gusar sekiranya Mateen akan mengganggu jemaah sehingga menghilang kyusuk dalam ibadah.

Namun jelas pengacara ini, rutin membawa si kecil ke masjid atau surau akan menjadikan anak lebih berdisiplin dan biasa akan suasana beribadah.

Mateen selalu kata nak ikut daddy pergi masjid , kami takut nak bawa sebab dia ni jenis tak takut orang dan risau main jauh jauh kacau orang.

“Sebelum ni pernah pergi masjid kat Putrajaya habis dia tawaf, macam mana mak nak kusyuk! Haaha .Pagi ni ada improvement ! Dia duk je depan mommy dan nenek sepanjang solat tapi , sepanjang tu lah dia nagis manjaaaa nak dukung. Sampai lah kami habis.

“Kat rumah elok je golek golek depan sejadah nak oii.. .Tengah dengar kutbah sedap pulak dia tido.Hahaha takpa lah nak… asalkan bahagia,” tulis Yana.

Pelakon Adnan Sempit ini turut berkongsi bagaimana dia mula di ajar ke masjid waktu kecil dahulu.

Mommy dulu umur 5 tahun baru pergi surau, masjid jauh kena seberang jalan besar . Abah nak angkut semua memang tak mampu sebab ada motor vespa sahaja.

“Huhuhu Zaman sekarang dah galakkan anak kecil ke surau, ke masjid siap ada ruangan lagi untuk mereka.. berkarpet , ada aircond selesa… beruntung…Pengalaman kalian macam mana pula?,”

kongsinya lagi.

Satu perkongsian dan tips yang bagus buat ibu bapa yang mahu melatih anak-anak cintakan rumah Allah.

Foto : Instagram Yana Samsudin

IKLAN