“Saya tidak ramai kawan dalam industri, sebaliknya saya hanya rapat dan banyak meluangkan masa dengan adik-beradik serta keluarga.

“Zaman sekarang bahaya. Kita perlu hadkan pergaulan sebab pengkhianat ada di mana-mana. Sebab itu saya berhati-hati dalam memilih kawan. Niat orang kita tidak tahu ikhlas atau tidak.

“Sebab saya takut dengan pengkhianat yang selalunya muncul dalam kalangan orang dikenali.

“Tidak kisahlah ruang lingkung kehidupan saya kecil dan cuma ada orang-orang rapat seperti keluarga asalkan hidup tidak mengganggu orang lain,” ujar Uqasha seperti yang dipetik.

Baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama berjudul Runtun Jiwa di samping Azrel Ismail, bintang berusia 27 tahun ini kian sibuk dengan komitmen kerjaya seni.

Malah, bintang ini turut menambah rutin hidupnya kini berubah.

“Jadual sibuk bukan dirancang pun tetapi selain rezeki, saya sebenarnya bukan ada komitmen lain buat masa ini. Jadi lebih baik saya gunakan kudrat untuk bekerja.

“Bukan tidak mahu ambil waktu untuk berehat tetapi kalau mahu bercuti pun saya sudah tiada kawan. Selama ini saya rapat dengan keluarga dan banyak meluangkan masa bersama mereka jika bercuti ke mana-mana.

“Memandangkan Nelydia sudah berkahwin, saya sendiri perlu faham dia ada keluarga dan situasi tidak boleh seperti dahulu lagi,” katanya lagi.

Nelydia mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, 6 April.

“Memang jadi lain. Saya rasa kosong sebab tiada kawan sekepala. Memanglah hubungan kami tidak akan putus tetapi banyak benda berubah sebab dia ada komitmen lain sekarang,” akui Uqasha.

Foto/Sumber: Instagram Uqasa Senrose/Kosmo! Online