‘Zaman Mereka Dah Berlalu, Kami Hanya Ingin Jadi Pelapis’ – Wani Kayrie

Nampaknya seminggu ini isu kredibiliti penyanyi baru sering dipertikaikan. Malah ada yang menganggap mereka masih belum layak untuk menyertai beberapa pertandingan besar.

Malah ramai juga mendakwa, dengan hanya punyai followers yang tinggi di media sosial ia seakan tiket emas untuk mereka semua bergelar selebriti.

Jika sebelum ini MH ada dapatkan kenyataan daripada selebriti senior, kali ini kami dapatkan pula pandangan dari ‘orang muda’ tentang isu ini.

IKLAN

Popular menerusi lagu Jangan-jangan dan pernah memenangi pertandingan Kamilah Bintang Wani kayrie atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah memberitahu MH rezeki itu bergantung pada diri masing-masing dan akui zaman sudah berubah.

“Saya tahu tentang isu ini. Tapi apa yang boleh saya katakan benda ini bukan salah kami sebagai pendatang baru, sebab yang buat lagu-lagu kami pun bukanlah baru seperti kami. Kebanyakan komposernya yang buat lagu kami sudah berpengalaman.

 

“Saya faham, mengapa ada yang kata kami artis baru seperti bolot semua show yang ada ini kira sesuatu yang adil. Sekarang ini zaman kami, zaman mereka mungkin sudah berlalu. Kami hanya ingin menjadi pelapis mereka sahaja.

 

“Setiap lagu yang bagus sebenarnya bergantung dengan bagaimana teknik nyanyian seseorang itu bukannya hanya bergantung pada artis baru atau lama sahaja. Apa yang penting asalkan lagu itu sampai ke hati pendengar.”

 

“Ya media sosial sebenarnya memang satu advantage untuk kami, tapi jika kita lihat balik, tak ada bezanya. Mereka juga ada keluar majalah, surat khabar, televisyen dan lebih bertuah mereka boleh rakam lagu dan dapat royalti melalui cetakan CD atau album. Di zaman kami, susah untuk kami sebagai selebriti baru untuk keluarkan album. Orang dah tak beli CD.

 

“Kalau fikirkan semula mereka juga ada kelebihan. Saya akui memang kami ada kemudahan lebih tetapi lagi banyak kemudahan, lagi senang orang jadi selebriti. Kami terpaksa bersaing sesame sendiri dan berkerja keras untuk meyakinkan orang ramai kami antara yang bagus. Jadi kami ambil medium lain seperti media sosial untuk promosikan diri dan lagu.

 

“Saya percaya inilah orang kata Zaman berubah, rezeki masing-masing pun berubah tetapi masih adil kerana masing-masing ada kelebihan masing-masing,” Jelasnya pada MH ketika di majlis pelancaran Program radio Astro, Zayan.

Sebenarnya MH agak bersetuju dengan kata Wani, mungkin ada sesetingah pihak tidak nampak, sebenarnya artis baru turut bergelut nasib untuk mengekalkan kredebiliti mereka.

IKLAN

Malah, bila bercakap tentang populariti di instagram, boleh dikatakan itu adalah antara Inisiatif mereka untuk terus dikenali dan bergelar selebriti.

Apapun MH harap orang ramai janganlah terus menghakimi artis-artis baru. Berikan mereka sedikit waktu untuk memperbaiki segala kelemahan dan meningkatkan lagi mutu persembahan.