Pelakon Zaki Azeman, berkongsi berita gembira apabila isterinya, Siti Nur Shahira Ahmad atau lebih dikenali sebagai Raa Suzuran, kini sedang hamil anak kedua.

Menurut Zaki, keterujaannya kali ini lebih mendalam berbanding kehamilan pertama, sehingga dia mengambil keputusan untuk menolak beberapa tawaran kerja demi memberi tumpuan penuh kepada keluarga.

“Perasaan teruja kali ini lebih lagi berbanding anak pertama. Sampaikan saya ambil masa rehat dahulu daripada sebarang tawaran kerja.

“Saya lebih fokus menjaga isteri di rumah sejak awal kehamilan,” katanya yang turut memaklumkan usia kandungan isterinya kini telah memasuki trimester kedua.

Malah momen indah mereka sekeluarga turut dikongsikan Zaki menerusi pautan videeo di Instagram, beberapa hari lalu.

Zaki Azeman Tolak Offer Kerja Demi Isteri Kini Hamil Lagi – “Dia Cakap Mengidam Nak ‘Bau’ Cameron.” Zaki Azeman Tolak Offer Kerja Demi Isteri Kini Hamil Lagi – “Dia Cakap Mengidam Nak ‘Bau’ Cameron.” Zaki Azeman Tolak Offer Kerja Demi Isteri Kini Hamil Lagi – “Dia Cakap Mengidam Nak ‘Bau’ Cameron.”

Ads

Pengorbanan Manis & Momen Istimewa

Sebelum ini, Zaki turut memuat naik gambar bersama isteri dan anak sulung mereka ketika berada di Cameron Highlands, Pahang, sebagai simbolik pengumuman kehamilan yang penuh makna.

Difahamkan, mereka ke sana kerana isterinya mengidam suasana tanah tinggi.

“Baru-baru ini, dia cakap mengidam nak ‘bau’ Cameron. Bila dia nyatakan hasrat tersebut, hari yang sama juga kami terus gerak.

Ads

“Di kesempatan ini juga kami ambil peluang umum kehamilan di Instagram. Orang pun dah ramai bertanya,” ujar Zaki lagi.

Mengenai persiapan bayi kedua, Zaki berkata, kebanyakan perkara kini lebih banyak diuruskan oleh isterinya.

Bagaimanapun, dengan keadaan kesihatan isteri yang semakin stabil, dia kini bersedia untuk kembali menerima tawaran lakonan.

Ads

“Isteri pun dah tak alami morning sickness sekarang. Keadaan dia lebih stabil. Jadi saya sedia untuk kembali berlakon,” jelasnya.

Untuk rekod, Zaki mendirikan rumah tangga dengan Raa pada 29 Mei 2022, dan mereka menimang cahaya mata sulung pada Mei 2023.

Kini, pasangan ini bakal menyambut kehadiran ahli keluarga baharu yang pastinya menambah lagi warna dalam kehidupan mereka.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zaki Azeman (@zakiazeman_)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI