Bakal terlibat menerusi telefilem raya di samping Syafiq Kyle, Adi Putra dan Rosyam Nor, pelakon Zahirah MacWilson mengakui dia tidak serik andai bertemu jodoh dengan rakan seindustri.

Bagaimanapun, pelakon cantik ini tidak mahu menjadikan soal cinta sebagai teras utama di dalam kehidupannya kini memandangkan dia lebih senang untuk mencipta sukses di dalam kerjaya seni terlebih dahulu.

“Kalau boleh, memang mahu elak. Akan tetapi soal jodoh itu semua, Dia yang menentukan kalau ada adalah, kalau tidak pun tak mengapa memandangkan sekarang fokus saya hanya pada kerjaya,” katanya kepada MH.

Zahirah yang juga merupakan anak kepada pelakon senior, Zainol Macwilson berkata demikian selepas ditemui di majlis pelancaran koleksi rayanya bersama Starvilion, bersempena dengan #stavilionlebaran2018 di Setia Alam pada Sabtu.

Turut sama menampilkan koleksi raya buat kali pertama ialah aktor, Remy Ishak.

IKLAN

Ditanya mengenai adakah dia sudah melupakan konflik lalu berhubung isu putus cintanya bersama Zul Ariffin, Zahirah mengakui dia kini kian matang dan sudah move on terhadap segala apa yang berlaku.

“Apa yang sudah lepas, biarkan berlalu. Saya pun sudah move on meskipun pada awalnya, saya agak terkejut dengan kenyataan yang dibuat Zul. Malah saya sendiri hampir ambil tindakan untuk bawa isu tersebut ke tengah dengan berjumpa dengan peguam. 

 

“Namun bila difikirkan balik, tidak tergamak untuk menjadikan hal lalu sebagai suatu isu. Saya maafkan dia. Its okay saya pun mahu fokus dengan kerjaya,” jelasnya jujur. 

Sementara itu, diminta mengulas sama ada mereka ada berhubung untuk menyelesaikan masalah yang timbul, pelakon Cucu Tauke Bekas ini mendedahkan, mereka sudah saling tidak berhubung sekitar Februari dan Mac lalu.

“Tak ada. Kami stop contact bulan dua atau tiga macam tu,” terangnya.

Dalam perkembangan lain, Zahirah yang tidak sabar untuk menantikan reaksi peminat menerusi drama rantaian terbaru, Jangan Benci Cintaku ini turut merakamkan rasa teruja apabila memperkenalkan koleksi baju raya peplum, sebuah kerjasama sulungnya bersama Starvilion.

“Kali pertama saya memperkenalkan koleksi baju raya sendiri bersama Starvilion dan memang gembira kerana diberi peluang ini memandangkan saya sendiri pun gemarkan fesyen dan kecantikan.

 

“Soal rekaan dan pemilihan warna dan material pula, kami sama-sama berbincang untuk menghasilkan yang terbaik,” akhiri Zahirah. 

Ikuti sedutan temu bual bersama Zahirah menerusi FB Live MH

Zahirah MacWilson bercakap mengenai perkembangan dirinya selepas putus cinta dengan Zul Ariffin

Posted by MEDIA HIBURAN on Saturday, 19 May 2018