Rasanya ramai yang sudah tahu tentang pelakon wanita yang dikaitkan dengan kontroversi video viral baru-baru ini, Fathia Latiff telah digugurkan namanya dalam drama La Luna kerana masalah disiplin.

MH Online telah mendapatkan penerbit, Norazah Sahud tentang berita pelakon wanita, Zahirah MacWilson dikhabarkan akan menggantikan tempat Fathia untuk watak Luna dalam drama berkenaan.

Norazah berkata, memang benar Zahirah telah menggantikan Fathia untuk watak Luna dan sesi penggambaran sudah pun bermula semalam.

Menurut penerbit ini, kesemua babak yang telah dilakonkan oleh Fathia akan dilakonkan semula oleh Zahirah.

IKLAN

“Babak Fathia akan di reshoot,” katanya.

Kata Norazah lagi, nama Zahirah memang menjadi pilihan teratas dan pertama untuk menjadi pengganti Fathia.

Zahirah MacWilson Ganti Fathia Latiff

“Kebetulan memang rezeki bersesuian dan bertepatan waktu dia free maka Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar,” ujarnya lagi dengan rasa syukur.

Mungkinkah dengan kontroversi yang melanda Fathia yang digugurkan daripada drama La Luna ini menjadikan orang ternanti-nanti untuk menonton drama ini?

IKLAN

Norazah berkata, dia mengakui perkara itu namun tetap perlu menjaga batasan.

“Secara terus terang ya tetapi tetap kena jaga batas tertentu sebab ini untuk siaran kerajaan,” jawabnya.

Drama ini akan ditayangkan di saluran RTM namun bila tarikhnya masih belum diketahui lagi. Norazah memberitahu cadangan drama ini akan bersiaran adalah pada hujung tahun ini.

IKLAN

Selain daripada Zahirah, pelakon lain yang akan terlibat dalam drama ini adalah Nasha Aziz, Esma Daniel, Azrel, Afiq Muiz, Elisha Sandha dan ramai lagi.

Menerusi drama ini, Nasha Aziz akan memegang watak sebagai ibu kepada Luna dan Esma Daniel sebagai bapa.

Semoga segala urusan penggambaran untuk drama ini berjalan lancar dan dipermudahkan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI