
Selepas hampir lima tahun mendirikan perkahwinan, rumah tangga pelakon Yusuf Bahrin dan penyanyi, Zizi Kirana akhirnya menemui noktah apabila pasangan selebriti itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Khamis.
Menurut peguam syarie mewakili, Zizi yang dikenali sebagai Haiza, Yusuf telah pun melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Mohd Saifullah Hamzah.
“Prosiding yang berlangsung pada hari ini adalah satu permohonan perceraian di bawah seksyen 47 dia mana pihak Zizi dan Yusuf bersetuju untuk permohonan cerai.
“Jadi, di mahkamah hari ini, di hadapan Hakim Syarie Mohd Saifullah Hamzah telah direkodkan satu lafaz cerai oleh Yusuf terhadap Zizi dengan talak satu secara raji’e,” katanya.
Jelas Haiza lagi, segala proses melibatkan kes perceraian ini telah diselesaikan secara baik hari ini.
“Kedua-dua pihak dapat menjalankan kes ini dengan baik. Segalanya sudah selesai pada hari ini,” katanya lagi.
Tak Mahu Ulas Lanjut
Selepas berakhir perbicaraan, Zizi bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai prosiding perceraian yang berlangsung hari ini.
Zizi hanya memaklumkan dirinya kini berada dalam keadaan baik dan memohon semua pihak mendoakan semoga segala urusannya dipermudahkan.
“Alhamdulillah, doakan sahaja yang baik-baik,” katanya ringkas sebelum melangkah keluar daripada bangunan mahkamah.
Terdahulu, Zizi dan Yusuf hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling pagi tadi bagi menghadiri prosiding permohonan cerai.
Sekadar informasi, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 dan belum dikurniakan cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
View this post on Instagram
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




