Categories: Uncategorized

Yuna Terima Pujian Daripada Lagenda Jaz Dunia

Share

Woooww, bukan mudah untuk seseorang itu mendapat pujian terutamanya daripada seorang legenda yang cukup berpengaruh dalam industri.

Penyanyi kelahiran Malaysia ini nampaknya benar-benar bijak mengatur langkah dan berjaya meletakkan namanya dalam standard tersendiri di dunia hiburan peringkat antarabangsa.

Baru-baru ini Yuna telah dipuji oleh penyanyi jazz bertaraf dunia iaitu Quincy Jones, 84.

Menurut caption gambar di Facebook, Jones menyifatkan Yuna sebagai seorang individu yang bukan sahaja mampu memberi inspirasi pada golongan muda, malah juga orang lama seperti dirinya.

“I’ve spent my career reaching backwards and looking forward…paying tribute to the teachers and visionaries who came before me while making something new that might inspire another generation of creators.

“Yuna embodies that commitment with her own forward-reaching sound, while paying respect to her influences, and I absolutely love that about her. At the launch of my JBL E55BT Quincy Edition Headphones, we had a beautiful time chatting about some of our favorite young musicians that keep us excited for the future! Keep on keepin’ on gurl!” katanyamelalui laman Facebooknya.

Malah, Jones juga berkata, komitmen Yuna dalam seni suara dan sentiasa menghormati orang kelilingnya membuatkan penyanyi veteran ini menyayanginya.

Malah, penyanyi ini juga telah dillabelkan sebagai salah seorang ‘powerful ladies’ yang terbukti punyai semangat positif oleh Jones dalam sebuah majlis pelancaran headphone JBL E55BT Quincy Edition di Amerika Syarikat.

Malah, Yuna juga tidak ketinggalan memuji dan berkongsi pandangannya tentang Jones di Instagramnya.

IKLAN