Selepas beberapa teman selebriti memberikan pandangan mengenai isu Haqiem Rusli yang sudah pun berkira-kira untuk bersara dalam industri muzik, kini giliran pengacara dan usahawan, Neelofa pula tampil memberikan kata semangat buat penyanyi muda itu.

Neelofa menulis menerusi Twitter miliknya baru-baru ini yang meminta agar Haqiem menjadi diri-sendiri. Pada masa sama, hos MeleTop itu juga mengharapkan agar penyanyi Tergantung Sepi itu tidak mudah putus asa.

Malah, Neelofa juga menyatakan Haqiem mempunyai peminat yang sentiasa menyokong dan menyayangi dirinya.

IKLAN

“Sending a lot of positive vibes to @HaqiemRusli. Keep doing you and don’t give up. You have your fans’ support and they love you!” tulis Neelofa.

“You Have Your Fans’ Support And They Love You!” – Giliran Neelofa Beri Kata Semangat Buat Haqiem Rusli

IKLAN

Perkongsian tersebut secara langsung turut mendapat perhatian pengguna Twitter dan rata-ratanya menyokong apa yang ditulis Neelofa.

IKLAN

Haqiem menerusi Instagram mencetuskan sensasi di kalangan peminatnya apabila mengambil keputusan memadam semua foto di IG sambil meninggalkan sekeping gambar hitam putih bersama kapsyen yang memberi bayangan mahu bersara.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI