“You Guys Can Call Me Overacting, Paranoid,” – Betty Rahmad Jelaskan Nyawa Tak Boleh Diganti, Jaga Keselamatan Anak

Share

Betty Rahmad menerusi laman Instagram miliknya berkongsi aktiviti yang dilakukan bersama anaknya, Ardy Wira.

Dia turut memohon maaf kepada anaknya kerana hanya mampu membawa si kecil keluar sekadar di halaman rumah untuk bersiar-siar.

Tidak kisah andai digelar paranoid atau berlebihan namun jelasnya keselamatan anak lebih penting.

Malah dia turut menegaskan dirinya masih menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di rumah.

“Sorrylah anakku, buat masa ni mummy boleh bawak kamu main depan rumah & menari dalam kereta pusing area rumah sahaja. No malls or jumpa anyone.

“Yes you guys can call me overacting, paranoid lebih or anything i tak kisah.

“I masih PKP & polis garang yang bertugas dalam rumah ni hingga kini. Please #stayhome ya semua jangan keluar lalala bawa anak shopping raya dekat mall.

“Raya insyaAllah ada lagi nyawa tak boleh ganti. Kalau anak sakit lagi sedih dari tak beraya. Stay safe & Stay home!” jelasnya.

Setuju dengan kenyataannya, netizen turut meninggalkan reaksi di ruang komen.

Foto : Instagram Betty Rahmad

IKLAN