Betty Rahmad menerusi laman Instagram miliknya berkongsi aktiviti yang dilakukan bersama anaknya, Ardy Wira.
Dia turut memohon maaf kepada anaknya kerana hanya mampu membawa si kecil keluar sekadar di halaman rumah untuk bersiar-siar.
Tidak kisah andai digelar paranoid atau berlebihan namun jelasnya keselamatan anak lebih penting.
Malah dia turut menegaskan dirinya masih menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di rumah.
Ads
“Sorrylah anakku, buat masa ni mummy boleh bawak kamu main depan rumah & menari dalam kereta pusing area rumah sahaja. No malls or jumpa anyone.
“Yes you guys can call me overacting, paranoid lebih or anything i tak kisah.
“I masih PKP & polis garang yang bertugas dalam rumah ni hingga kini. Please #stayhome ya semua jangan keluar lalala bawa anak shopping raya dekat mall.
Ads
“Raya insyaAllah ada lagi nyawa tak boleh ganti. Kalau anak sakit lagi sedih dari tak beraya. Stay safe & Stay home!” jelasnya.
Pelakon Yatt Hamzah mengingatkan dirinya sendiri akan sebesar mana kejayaan di dunia, namun akhirnya semua akan ditinggalkan selepas mati dan bersemadilah setiap insan di dalam kubur.
Malah setiap individu yang menyayangi dan menghormati diri tidak sesekali akan menemani selepas kematian.
Yatt turut menitipkan ucapan terima kasih buat pelakon Zul Yahya atas peringatan yang cukup bermakna itu.
“27 RAMADHAN 1441H
Sehebat mana aku usahakan utk dunia
Sebesar mana rumah aku
Semuanya akan ditinggalkan.
Ini lah tempat yg kekal buat aku
ketika ini insan yg mencintai dan menghormati aku pun tidak dapat menemani aku di sini.
“ALLAHUAKBAR Terimakasih atas peringatan ini kanda @zulyahya70 .
Sebak bila fikir yg kita akan mati bila2.
“Tapi sygnya, kita msh lg leka dg dunia. Umpama kita tak takut mati. Tak takut pd peringatan. Sombong pd TUHAN,” kongsinya.
Pelakon, Sharifah Shahora memaklumkan telah selamat melakukan pembedahan selepas mengalami ketumbuhan di bahagian perut dan Rahim, beberapa hari lalu.
Kongsi Shahora, dia kini sedang menjalani fasa berpantang selepas melakukan pembedahan pada 29 April.
“Hari Rabu 10 hari lepas saya menjalani pembedahan kerana ada masalah sakit dibahagian uterus dan ovari.
“Alhamdulillah day by day I m getting better. Pantang sangat. Now dah kat rumah berpantang,” tulisnya.
Di samping itu, pelakon berusia 45 tahun ini turut berkongsi cerita tentang pengalaman yang dialami oleh dirinya ketika melakukan pembedahan tersebut.
“Kisahnya akhir april tiba tiba saya sakit perut yang berpanjangan sampai buat kerja pun tak larat. Then saya ke klinik Medina utk check up dan Pakar surgeon sakit puan Dr Mashita Mansor nasihat untuk saya buat pembedahan segera.
“Keputusan terus dibuat so saya decide Rabu pagi 9.30 am saya di bedah selama 4 jam 30 min. (Confirm mcm mcm dlm perut doktor nak kikis buang walaupun perut nampak leper) Sebelum operation I sempat pesan kat doktor.
“Doktor kalau ada lemak plese remove sekali yaafter that terus tak sedar tahu tahu dah dalam bilik. Sakit? Of course la lepas bedah sakit tapi layanan Doktor dan nurses kurang la sakit.
“Dah ok skit Saya up kat ig utk inform kpd yang menghadapi sakit mcm saya. Jangan takut kena bedah kalau ada yg menghadapi ketumbuhan dalam perut kalau kita biarkan dia akan bagi kesan bkn diperut tapi di pinggang, urat dan seluruh badan.
“Saya pernah mencuba rawatan tradisional dan sakit agak berkurangan tapi disebabkan tidak pantang makan ia semakin membesar dan akhirnya kita kena juga melalui pembedahan,” kongsinya.
Dalam pada itu, Shahora turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang banyak memberi bantuan kepada dirinya.
“Thank you to Dr Marshita Mansor pakar sakit puan. My surgeon yang dah clear kan perut”. Dr Mashita doesn t have ig account but to women who has gynaecologist problem (sakit puan) may go to her clinic Medina at Tmn Melati KL.
“My undergoing surgery held at @andorrahospitalofficial woman and children hospital so
I would like to thank you to founder of hospital Dr Kamsiah , Dr Asilah (pakar bius) , nurses for the excellent care and treatment I received at your hospital and making me feel better in such a short period of time.
“Thank you to @rajamukhriz and my daughters taking care of me after my surgery till now. My siblings who always make video call to care about my health. To My friends as well.
“Love Selamat berbuka puasa semua.,” tulisnya panjang lebar.
Cat Farish atau nama sebenarnya, Farish Ramli memohon doa ramai demi anak saudaranya yang dikenali sebagai Benjamin Pawanteh.
Dia difahamkan baru sahaja menjalani pembedahan tempurung kepala untuk mengeluarkan darah beku.
Jelasnya, Benjamin juga kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi dan belum sedarkan diri.
Menurut perkongsian di Ig Story Cat, Benjamin mengalami pendarahan di bahagian otak kanak selepas terjatuh semasa bermain bersama sepupunya pada Syawal pertama.
“Salam sahabat semua doakan anak sedara saya. Anak adik saya @ladyjamalo dan suami @the_accidental_logistician #benjaminpawanteh yg baru menjalanni pembedahan tempurong kepala utk mengeluarkan darah beku petang tadi.
“Kini ben di rawat di icu dan saya memohon doa dari kalian semua. Ya Allah kembalikanlah kesihatan dan kembalikan ben sihat sedia kala.
Dipilih sebagai duta bagi sebuah jenama baju raya terkenal, pempengaruh Mdno berharap orang ramai tidak keliru dengan nasihat-nasihat yang sering dikongsikan di media sosial, khususnya berkaitan pengurusan kewangan.