Pelakon Shakilla Khoriri mengakui dia tidak merasakan dirinya cukup layak untuk bergelar permaisuri hati atau pasangan hidup buat suami, iaitu penyampai radio Suria FM, Fizi Ali yang disifatkan sebagai sahabat dan lelaki terbaik.

Tulisnya menerusi platform perkongsian gambar, Instagram, pelakon berusia 29 tahun ini berkata, dia berasakan Fizi berhak untuk mendapat yang lebih baik berbading dirinya sebagaimana diperkatakan ramai orang.

“Hidup ni tak adil. Betul. Macam mana lelaki baik macam you ditakdirkan dengan perempuan macam I?
“You deserved better, macam ramai orang cakap,” tulisnya.

“You Deserved Better, Macam Ramai Orang Cakap…” – Shakilla Khoriri Luah Perasaan Pada Suami

IKLAN

Menerusi posting video yang dimuat naik dua hari lalu itu, pelakon drama Papa Ricky itu juga turut membayangkan dia mungkin tidak dapat menjadi yang terbaik namun berjanji kehidupan lelaki itu akan sentiasa menyeronokkan.

“Tapi you untung dapat jadi kawan baik I sebab walau I tak mungkin akan jadi terbaik dalam hidup you tapi hidup you akan sentiasa BEST selagi you dengan I,” tulisnya lagi sambil diiringi dengan ucapan terima kasih yang tidak putus-putus buat suami tercintanya itu.

Video yang sudah pun ditonton hampir 70,000 kali itu turut mendapat reaksi positif pengikutnya yang rata-rata terharu dengan ucapan romantis dari Shakila buat Fizi.

IKLAN

“You Deserved Better, Macam Ramai Orang Cakap…” – Shakilla Khoriri Luah Perasaan Pada Suami

IKLAN

Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini telah pun mendirikan rumah tangga pada 18 Februari lalu. So sweet kan?

Foto: Instagram Shakila Khoriri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI